Tuesday, December 13, 2011

Cinta Sebenar

Bismillahirrahmanirrahim.

Mari bicara soal hati. Dari mana ia datang, ke mana ia akan pergi..mahu?

Lumrah alam, segala yang diciptakan Tuhan datangnya bersebab, berperanan. Sebagai makhluk, labelnya adalah hamba. Dan setiap yang memiliki label itu, baik manusia, jin, binatang, mahupun alam, ada tugas masing-masing. Ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Apabila selesai tugasan-tugasan itu, mereka kembali kepada Tuhan mereka. Kenapa? Duty done.

Cuba perhatikan golongan yang bekerja. Contoh, kita ambil yang bekerja di pejabat. Di awal pagi, seawal 6 atau 5 pagi, mereka keluar dari rumah dan bergerak terus ke tempat kerja. Sepanjang hari, ibadah kerja yang dilakukan demi tanggungjawab, demi amanah, demi Tuhan, dilaksanakan sebaik mungkin agar tercapai matlamat asal sebelum keluar. Agar rezeki yang dicari menemu redha dan berkat. Tepat 5 petang, tugas sudah selesai bukan? Ya. Jadi ke mana golongan kerja ini pergi? Pulang. Pulang ke rumah, berjumpa ahli keluarga, rehat, berukhuwah. Well, mungkin ada yang ke tempat lain kerana urusan lain dan sebagainya. Tapi, ketepikan itu dari soal ini dan fokus pada perbincangan utamanya. Pokoknya, kita akan pulang, secara naluri, ke tempat dari mana kita datang.

Buka mata hati, dan perhati.

Rintik hujan yang basah jatuh ke tanah di bawah, keringnya ia, ke mana selepas itu? Atas bukan?

Pucuk pohon yang membesar dan menghijau, julangnya tinggi ke langit. Namun bila sudah tiba masa untuk mencambah zuriatnya, ke mana anak-anak itu pergi? Tanah bukan?

Anak kecil yang sedang menangis, siapakah yang dicarinya? Ibunya bukan?

Begitu juga dengan jiwa kita. Hati kita.
Siapakah penciptanya? Allah.
Dari mana ia datang? Allah.
Siapa yang letakkan hati itu dalam rongga di dada kita? Allah.

Jadi,siapa yang lebih tahu tentang hati kita?
Segala persoalan di dalamnya?
Segala rasa di dalamnya?
Jawabnya Dia, Allah.

Setiap hati yang pernah wujud dalam setiap manusia, seawal datuk kita Adam AS hingga manusia terakhir dilahirkan, adalah di bawah penguasaan Dia. Not less, not missed. Dia yang pegang hati-hati itu. Dan dia tahu setiap getar, setiap rasa, dan setiap doa yang datang dari hati itu. Bukan Dia tak tahu. Dia tahu. Bahkan Dia tahu juga apa yang bakal digetarkan lagi oleh hati itu. Dia tahu juga, apa yang bakal diniatkan hati itu.

Sebab itulah Perancang Terbaik juga dalam asmaa-Nya.

Kerana terlebih dahulu segalanya Dia dah tahu. Pelan tindakan sudah ada dengan Dia. Segala rahsia, terucap ataupun tidak, terdetik ataupun belum, semuanya Dia dah tahu. Kita memang takkan boleh lari. Tapi adakah itu bermakna kita tiada langsung kawalan ke atas hati sendiri? Tak.

HATI YANG MEMBIMBING

Ada sebab kenapa para Utusan dihantar membawa risalah yang benar (bukan Utusan Melayu ya). Ada sebab kenapa panduan-panduanNya diturunkan. Ada sebab kenapa kita dianjurkan untuk mendekatkan Hati dengan Dia. Semua itu adalah untuk membimbing hati. Bimbingnya ke arah kebaikan. Membuat pilihan yang menghala ke syurga, bukan ke neraka. Ingat, bukan akal yang membuat pilihan. Bukan nafsu yang membuat pilihan. Tapi biarlah pilihan itu dari hati yang dekat dengan Dia, bersandarkan Dia yang dekat dengan hati.

Siapa kata kita tidak boleh mengubah takdir? Kita bukan Qadariyyah dengan 'free-will' mereka itu, yang segalanya bergantung kepada diri sendiri seratus peratus. Kita bukan Jabariyyah yang segalanya bergantung kepada Allah semata-mata, umpama 'puppet in a puppet-show'. Kita Wasatiyyah, yang setiap tindakan kita diberi kuasa dan pilihan ke atas kita untuk bertindak, tetapi masih bergantung hasilnya kepada Dia. Yang kata 'kun' bukan kita, tapi Dia. Usaha, kita. Hasil, Dia. (ruj: alBaqarah-143)

Tidak mahu ekstrem tidak bermakna boleh terlampau 'effortless'. Tidak mahu yang 'effortless' tidak bermakna boleh bebas buat apa sahaja. Ya. Usaha 'all out', tapi biarlah pagarnya bersyariat.

Namun adakah ini bermakna dalam berdoa dan bertawakal, kita harus bersikap sederhana dan tidak bersungguh? Siapa kata? Dalam doalah kita panjatkan sungguh-sungguh. Dalam tawakallah kita bertawakal sungguh-sungguh. Provided, usaha 'all out' dah buat sebaiknya. Keyakinan kena tinggi, tapi bukan sampai ke tahap kita bongkak dengan yakin sangat-sangat doa kita akan dimakbulkan. Kita bukan wali, apatah lagi nabi. Jangan 'overconfident'. Ada beza antara 'mencorak takdir' dan 'menentu takdir'. Jangan risau..kita akan dapat takdir yang terbaik punya.. Allah bagi pulak tu :)

HATI YANG MENCARI

Pernah tak terasa, walau seketika, yang hati kita seolah-olah hanya kembali kepada Dia saat hati itu terluka, sedih dan pilu?
Suatu ketika, yang bila kita "seakan" ingat Dia dalam solat tapi bila terkena ujian, baru kita "betul-betul" ingat Dia? Saat itu.
Sejujurnya, pernah tak rasa?

Saya akui. Saya pernah rasa saat itu. Pernah lalui saat itu. Terkena ujian itu, memanglah pedih. Tapi pedihnya lagi terasa bila mengenangkan, "apa dah jadi dengan aku masa tu?" Rasa sakit. Tapi ada ubatnya. Bukankah fitrah iman manusia, ada naiknya, ada turunnya? Kita mudah leka dengan nikmat Tuhan, tapi kita cepat terasa dengan 'ketukan iman'. Tapi ingat, hadith itu bukanlah alasan untuk menjadi pelapik buat kita apabila sudah jatuh terjelepok di hadapan seluruh manusia kelak. Tapi hadith itulah yang dikatakan peringatan, untuk berbuat kebaikan. Islam itu datang dengan dua cara: Basyiiran wa Nadziiraa. Berita gembira dan peringatan. Dalam konteks ini, fitrah iman bukanlah berita gembira. Tetapi peringatan.

Jangan sampai hati mati dengan kelekaan duniawi. Hibur sana, hibur sini. Bila hati dah menangis teresak-esak sebab Allah ketuk lagi, baru nak cari Dia. Tak tahu malukah?
Allah..pedihnya ayat..

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Rasulullah SAW yang tercinta, beliau bersabda: Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama.
[Shahih Muslim no.5317]

Setiap dari kita mahukan kebaikan kan. Jangan berputus-asa mencari kebaikan. Kadang tu, terasa nak putus asa pun ada. Tapi sebenarnya itu semua ujian Dia. Nak tengok kita bersungguh ke tak dalam doa kita. In other words, do we really mean them? Atau waktu kita berdoa tu, tiba-tiba terdetik dalam hati: Ya Allah makbulkanlah cepat, supaya tak payah la aku bersusah-payah lagi.' Nauzubillah..

Hati ini yang mencari akan dekat juga akhirnya. Hati ini yang ingin pulang akan sampai juga ke 'rumahnya'. Yang wajar ditanya diri sendiri, adakah hati ini 'tercari-cari'? Jagalah hati, kerana di situ jatuhnya pandangan Ilahi.
Moga Allah redha.

Engkau sembunyikan salah engkau dari manusia.
Tapi engkau datang kepada Aku penuh dosa.

The heart will always finds its way back home.
It came from Him, and unto Him will it come back.


 :)

Monday, December 5, 2011

teguran sang nabi


suatu ketika, seorang sahabat Khawwat RA pergi bermusafir ke suatu tempat di Yaman bersama Nabi Muhammad SAW. khemah yang diduduki Khawwat betul-betul bersebelahan khemah Rasulullah. apabila baginda keluar dari khemah, Khawwat juga ikut keluar. namun ketika berada di luar khemah, mata Khawwat ternampak sekumpulan wanita Arab yang cantik-cantik. dia segera masuk semula ke dalam khemah untuk bertukar kepada persalinan yang lebih cantik dan keluar semula. dia segera masuk dan duduk bersama-sama kumpulan wanita Arab itu tadi.

apabila Rasulullah ternampak Khawwat bersama kumpulan wanita itu, baginda segera mampir.

“ya Khawwat, apa yang engkau buat di situ?”

terkejut dengan kehadiran Rasulullah, Khawwat gelisah. terkocoh-kocoh dia menjawab, “ya Rasulullah, aku sedang mencari tali tambatan untuk untaku. Dia tidak duduk diam.”

tanpa berkata apa-apa, baginda tersenyum kepada Khawwat lalu beredar. namun, setiap kali beginda terserempak dengan Khawwat, baginda akan bertanya, “apa cerita untamu yang tidak duduk diam tu?” keadaan ini berulangulang. setiap kali baginda ternampak Khawwat, soalan yang sama akan ditanya. Khawwat berasa sangat malu dengan Rasulullah. lalu dia mengambil keputusan untuk pulang ke Madinah terlebih dahulu.

beberapa waktu selepas itu, sewaktu di Masjid Nabawi, Khawwat solat di suatu sudut. dekat dengan bahagian masjid yang berhampiran dengan rumah baginda Rasulullah. kita tahu bukan, bahawa kedudukan rumah baginda ketika itu, dindingnya hampir dengan dinding Masjid Nabawi. baik. tika itu, Rasulullah juga ada di Masjid Nabawi dan hendak pulang ke rumahnya apabila, baginda ternampak Khawwat sedang solat. Baginda duduk, dengan niat untuk menunggu Khawwat menghabiskan solatnya.

Khawwat perasan Rasulullah ada di situ, seolah-olah menunggunya. dek malu yang masih ada, terdetik dalam hatinya, “ah, baik aku panjangkan solat aku ni. biar panjang, jadi Rasulullah boleh beredar terus.”

Rasulullah dapat mengagak, yang Khawwat sengaja memanjangkan solatnya. Baginda bersabda, “ya Abdillah, aku akan terus tunggu di sini sehingga engkau menyelesaikan solatmu.”

bila Khawwat terdengar kata-kata Nabi itu, dia membatalkan niatnya dan terus menyelesaikan solatnya. selesai sudah, Rasulullah dihampiri. kepalanya tertunduk, malu. Rasulullah bertanya, “ya Abdillah, apa cerita untamu yang tidak duduk diam itu?”

tahulah Khawwat, bahawa dia sudah tidak dapat lari lagi. Rasulullah memang sengaja bertanya begitu. lalu dijawab, “ya Rasulullah, sesungguhnya sejak Islam, untaku sangat patuh kepada ku.”

jelaslah bahawa kisah tali unta itu hanya alasan..
menitis airmata Khawwat..

Rasulullah tersenyum, lalu baginda bersabda: “moga Allah merahmati mu.” (rahimakallah)

 *

kisahnya simple sahaja. tapi lihat, kebesaran baginda jelas terpapar. bagaimana baginda menegur si sahabat yang melakukan kesilapan.

adakah beginda menghukum?
adakah baginda membentang halalharam dengan panjang lebar?

tidak. hanya dengan dua perkataan sahaja.

‘unta’ dan ‘duduk diam’.

baginda tidak menyisih. tidak menghukum. tidak melabel.
tapi baginda melindungi sahabat itu. melindungi maruahnya, melindungi silapnya.
biar sahabat itu sedar sendiri silapnya.

seorang sahabat.. tetap manusia.ada silapnya.

tegurlah,
supaya dia sedar.
berlembutlah,
agar dia terima,
agar dia bertaubat.

kembali pada Tuhannya.

Dan telah dicipta manusia itu, berkeadaan dhaif.
- anNisa : 28

Tuesday, November 29, 2011

korban terakhir

eid-aldha
06092011
masjid al-amin seksyen17
shahalam







curiosity = bravery





tersenyum menemui Penciptanya


pak imam
knives
"kau! snapsnap apa lagi?! tahan kaki lembu tu!"
maka sini jadi seat sementara.. =='
oo seronok ye..
1 minit..


hah, senyap?..

Saturday, November 5, 2011

yakin: kunci segalanya

bismillahirrahmanirrahim

kalian yakin tak kalau satu hari nanti kalian bisa menempa kejayaan?
kalian yakin atau tidak, satu hari nanti kalian akan jadi orang hebat? disegani, dihormati, di-wow-i, dipuji..kalian yakin?

sebenarnya kan, ana malas nak intro panjangpanjang. hehe. so, straight to the point lah.

begini, kadangkadang apa yang ana selalu perhatikan, keyakinan kita dalam kehidupan seharian banyak memainkan peranan yang sangat penting. On or off class – the same. zaman sekolah dulu, keyakinan memainkan peranan yang sangat penting bila nak bertanya soalan. tak berani tanya, alamat sampai ke sudahlah soalan tu dalam kepala. paling susah pun (bagi sesetengah), nak minta pergi tandas. kepentingan itu paling memuncak saat tangan sudah pegang kertas soalan SPM. lose grip of yourself, youre gone.

sebab itu sering kita dengar dalam ceramahceramah motivasi, antara perkara terawal yang dicanangcanangkan boleh ‘menjamin’ kecemerlangan, “Kita kena yakin pada diri sendiri”. selalu bila dengar, ana akan tertanya kenapa asyikasyik ulang benda yang sama je..penting sangat ke yakin tu..

ya, tak semua orang mampu rasa yakin dengan diri sendiri. selalu sahaja kita dengar kawankawan going on like “Ish aku tak sure la boleh buat ke tak..” or “Hmm takde chance nak menang ni..”. come on. percayalah, bila kita yakin kita boleh, we’re waaay ahead dari orang lain. semua orang mampu peroleh keputusan yang sama. semua orang mampu dapatkan resources dan latihan yang sama. but in the end, hanya keyakinan diri yang membezakan. kalau betul kita nak akan suatu citacita tu, jangan sekadar kata “Ya aku boleh jadi genius”. tapi cuba pergi lebih jauh dan kata, “Aku memang genius”. ada beza antara keduanya. the degree of self-belief lain maqamnya. kita sendiri boleh rasa. jangan ambil peduli apa orang nak kata. terus katakan pada diri sendiri, “Aku genius”.

bukankah sudah terdapat satu untaian yang cukup indah dari sebuah hadis qudsi yang mengatakan: Aku sesuai dengan prasangka hambaKu terhadap Ku. maksudnya, bila kita yakin sungguhsungguh hajat kita akan tercapai, maka Allah berjanji akan bagi jika memang itu rezeki kita. tapi kalau kita kurang yakin atau tak yakin tatkala berdoa, agakagak Allah nak bagi tak?

Bayangkan macam ni lah, ketika temuduga untuk dapatkan tajaan biasiswa misalnya. penemuduga bertalutalu menanyakan soalan itu ini. semua minta diperincikan. dari A sampai Z. antara menjawab soalansoalan itu dalam keadaan tahu tapi teragakagak, atau jika dibandingkan dengan  tak tahu tapi yakin, agakagak lah, yang mana satu akan nampak menonjol? well, jangan la sampai tak tahu langsung. ana sekadar nak illustrate kan keadaan di mana keyakinan dan kesungguhan memang sangat dinilai.

pening kan ayat berbelit. maaf lah. agak serabut. tapi begini. sentiasalah ingat sahabatsahabat sekalian, Allah pemilik kuat, bijak, yakin, dan rezeki. minta sahaja dari Dia. minta. nescaya Dia akan bagi. sebab apa? sebab, takkan lah Dia akan biarkan kita yang sudah berdoa dan berusaha bersungguhsungguh siang malam ni, untuk pulang dengan tangan kosong kan? ada buah tangan khas dari Dia. percayalah.

Allah itu sayang akan hambaNya. kita sahaja yang tak sayangkan diri sendiri. Allah yakin kita mampu tanggung ujian terbesar, yakni menjadi khalifah. tapi kenapa kita boleh pula tak yakin? siapa yang lebih kenal diri kita kalau bukan Dia? kalau kita boleh kata kepada seorang sahabat yang tengah down “Iye ana percaya anta boleh.” kenapa kita tak mahu percaya bila yang berkata sedemikian adalah Dia sendiri?

Ha. tanya diri. kalau benda mudah macam itu pun susah nak percaya, tak rasa macam ada something wrong dengan iman ke? :) tak percaya kepada Pemberi Rezeki itu sendiri? Nauzubillah min zalik wassyayaatiin. tanya balik diri sendiri.
sepatutnya bila kita mengaku ada Dia, wajib kita yakin kepada Dia. seterusnya wajib kita yakin kepada segala yang Dia katakan tentang rezeki, usaha dan takdir.

keyakinan itu lumrah dalam diri. cuma menyala atau tidak, itu sahaja. banyak benda boleh dibuat bila kita yakin. banyak benda boleh dicapai. tapi sayang, kebanyakan dari kita tiada keyakinan sebegitu bila diri kita dalam situasi ‘bertanding’. dengan mudah je kata “Ish aku tak boleh la..” cuba dulu.. kita tak tahu potensi kita kan? why not give it a try then? dalam kalangan rakanrakan mungkin boleh hadir keyakinan itu. tapi bagaimana pula kalau nak berdepan dengan mereka yang lantang meluahkan keingkaran kepada Tuhan? bagaimana nak berdada dengan hujahhujah mereka yang memang sangat bisa mencetus situasi “Ye tak ye jugak..”  kadangkadang? ana bercakap bagi diri ana dan kita semua. kita muda. punya tenaga. punya kudrat untuk bela agama. tapi jangan lah keyakinan itu disalurkan kepada bendabenda yang terangterang salah. yakin takkan mati kalau merempit. yakin takkan kantoi kalau buat masalah sana sini. yakin sempat taubat sebelum mati. hadoi..

oleh itu, yakin diri mampu untuk cemerlang. dan mesti juga yakin diri mampu tolong Islam walau sedikit mana pun. hatta tulis hadith atau katakata penyedar di FB pun insyaallah dinilai. tapi kena ikhlas lah. oke? :)

keyakinan kita perlu sentiasa pada Dia.
Pemberi segala nikmat, Pengabul segala doa, dan Pemilik segala hati.

ask, and you shall be given.

ps: bila lama tidak menulis, ditambah dengan terjahan idea. maka inilah hasilnya. asif. perlu perbaiki cara pengurusan maklumat spontan. yakin boleh!

pps: to those taking examinations, all the best. yakin dengan diri dan rezeki nya k :) to those who’ve taken em, yakin that you can still be the best. and stay the best insyaallah.

Tuesday, October 18, 2011

cita,citra dan cinta




:) bismillahirrahmanirrahim


kini masa sudah menginjak ke sebuah musim, berhijrahnya sahabatsahabat yang dahulu sibuk membuat persiapan pengajian ke Asia Barat mahupun Eropah. temanteman sekelas kebanyakannya, ramai yang memilih menyambung pengajian perubatan ke Asia Barat. hazmi al-wafi, amirul izwan, muhammad yusri, asyrul naemi, nur liyana aziz - alhamdulillah sudah di sana. bakalbakal doktor siraman berkat ardul kinanah. farhan taufiq pula di france. wan hasif, nublan, fazriq, mujaddidi, amalina - masih lagi membuat persiapan. azfar tercampak ke USA, mengejar cita 'chemenger'nya itu. dan juga sahabatsahabat lain yang tak mampu ana titipkan kesemuanya dalam ruang yang terhad ini. impian yang dahulunya tertulis atas kertas,diselitkan bawah plastik meja kat kelas - kini semua dah setapak lagi ke arahnya. tahniah para sahabat!

manis, mengenang kembali memori berjalanjalan di setiap meja kawankawan seluruh batch sebab nak tengok citacita mereka. alhamdulillah dan tahniah buat semuanya :) maaf kalau dianggap menceroboh privasi.hehe...

temanteman lain, harith huzainee di mesir. muhammad iqbal jua. sahabatsahabat Darul Quran, kini ada yang sudah membawa haluan masingmasing di luar sana terlebih dahulu. abbas di intec, persiapan medik ke ireland. adib mukhtar, persiapan dua tahun ke UK dalam jurusan Ekonomi, tajaan BNM. aslam, persiapan medik ke UK. sasaran, university of oxford. moga berjaya! suffian awang yang kini sudah di mesir, ditaja yayasan terengganu. Dr khairul anuar sekarang pula tengah sibuk dengan salju Rusia. dulu sibuk call prebet nak balik tiaptiap hujung minggu :P

melihat kepada mereka, ana tersenyum sendiri. teringat waktu pergi temuduga mara haritu. bermain dengan spaghetti..(membazir sungguh)

Cita

usaha dan takdir. tak terpisah keduanya. sinergi. ya, takdir sudah ditetapkan. tapi kita sentiasa boleh usahakan takdir yang baik bukan? masih ingat lagi bila mendapat tahu berita itu daripada seorang sahabat. persiapan semuanya dibuat. malamnya bersengkang mata, esoknya ditemuduga. alhamdulillah, semua lancar. Dia izinkan, ana ditawar untuk buat persiapan IB di Kolej Mara Banting. sasaran, perubatan ke eropah. ana cukup yakin strategi ana yang dirangka berbulanbulan sebelum memohon dengan MARA akan berjalan lancar. minta tangguh, kemudian baru pergi preparation. terlambat sikit tak menjadi masalah bagi ana.

namun di sini Dia menampakkan siapa planner yang terbaik. this was when everything took a twist. i was too late-informed. the change of policy was completely unbeknownst to me. if i'd known earlier, perhaps a different strategy could be adopted. but then..it was too late.

*dalam Islam, adalah sesuatu yang ditegah untuk mengeluh akan sesuatu dengan mengatakan 'kalaulah aku tak buat macam tu, mesti tak jadi macam ni..' * :)

siang malam ana fikir (gaya macam fikir masalah terbesar negara je.haha), pergi IB atau kekal DQ. IB,DQ. diulangulang. makan IB,minum DQ.. baju IB,seluar DQ.. nasi IB,lauk DQ.. bangun IB,tidur DQ.. (suami IB,isteri DQ..ceh takde la haha.malu) dahsyat sungguh ana ni. benda kecil je pun. istikharah, pendapat kawankawan, cikgucikgu, tanyalah ustaz.. semua dibuat, semua dicari. akhirnya malam tu, jawapan dibuat. IB ditolak. ana akan teruskan perjuangan di DQ. tekad! berat? tipu kalau ana kata tiada walau secebis pun. tapi pesan Mak tersemat kemas dalam hati: "Kita tak nampak apa yang Allah nampak fiq..teruskan DQ, mak doakan yang terbaik."

doa ibu. sangat mustajab. tapi yang lebih penting di sebalik katakata tu, harapan seorang mak dan abah. nak lihat ada 'penjaga' dalam keluarga. nah, Allah buka peluang untuk ana balas jasa lebih awal. mana tahu nanti..

awalawal memang ok. tapi bila tengok sahabatsahabat mula packing barang. hantar pergi airport. goyah pula..aiseh. patut pakai blindfold je time tu. tibatiba jadi allergic kalau ada yang buka diskusi tentang flyfly. nak lari jauhjauh. kalau tak, ada je soalansoalan haru macam 'eh anta bukan nak fly ke?'. ada pula yang tanya,'kata boleh dapat tangguh?', beritahu je la apa yang ana tahu. yang paling tak tahan,'bila nak blah?' amboi..baling durian kang. haha.

*salah satu perkara yang ana akan rindu di DQ adalah, diskusidiskusi ilmiah yang sangat dibudayakan di sini* :)

tapi ana bersyukur. sangat bersyukur. ada sahabatsahabat yang meniupkan semangat di kala down kerana terasa beratnya beban di bahu. yang menyokong dari dekat mahupun jauh. yang sentiasa mendoakan.. masykuran. felt better than before. jazakallah. :)

Citra

"La takhaf wa la tahzan akh :) anta tak tersalah pilih jalan. kalau kita mahukan semua kehendak hati, takkan tercapai setiap satu."
030811

menyesal? tak. ana tak pernah menyesal. bahkan sangat bersyukur. kenapa? kerana ana yakin ada sebab perjalanan ana diatur sebegini rupa. dan ana tahu, ana akan nampak sebab itu suatu hari nanti. ada sebab kenapa polisi berubah. ada sebab kenapa ana tahu lambat. ada sebab kenapa hati ana dulu berat mengatakan untuk memohon mara.

aturan.

Dia mahu ana teruskan. Dia mahu ana terus belajar mengenal diri. sebelum masuk ke sini, ana pernah diberitahu, that it'd be the turning point of my life. insyaallah. it would. mungkin ada perkara yang ana takkan dapat di ireland tu, ana akan dapat nanti di tempat lain. mungkin sini tempatnya. ana redha. dan kerana berada di sini juga, ana terus belajar banyak perkara. setiap detik mengutip ibrah. dari perkara dan sahabat yang berada di sekeliling. dari sahabat yang di dalam dan luar penglihatan. dari sahabat yang ada di dalam doa sentiasa. ada sebabnya. ada..

kini sudah hampir penghujung semester kedua. tinggal lagi lebih kurang lapan bulan sahaja lagi. imtihan kedua bakal tiba tak lama lagi. 14 oktober insyaallah. pohon doadoanya. sebelah hati tak sabar nak tamat, sebelah lagi takut. ada cabaran baru yang bakal menanti. mak dan abah pula sudah mula merancang. where im heading next. mesir cadangan ter'hot', mendapat sokongan padu dari kakak yang terlebih dulu dah fikir nak jalanjalan. haish. laju benor bab jalan ni. sebenarnya, kalau nak diikutkan, ada lagi dua kes seperti ana di sini. mereka juga buat perancangan baru. doakan semuanya berjalan lancar ya. kalau tak dapat di sana, uiam pun ok. dekat dengan family. duadua ada baiknya. :)

ada satu sebab kenapa hati ana dulu boleh kuat menolak IB, meskipun citacita ke eropah ana sudah simpan lama dah. malam sebelumnya sebelum tidur, ana teringat satu janji ana dengan mak ana lima tahun lalu. ana pernah berjanji sebelum masuk ke smapk dari smtaq, ana akan habiskan hafazan. ya Allah..Dia simpankan memori ini sehingga ke malam itu. ada sebabnya. ada..

hikmahnya? teguran dari Dia. ingatlah setiap janji yang pernah diungkap dan dibuat. kotakannya. :)

ya, kalau nak ikutkan kehendak hati, mengikut citra, takkan tercapai semuanya. kita manusia. punya nafsu yag takkan pernah puas. akal sahaja yang mampu tundukkan. ini baru buka bab citacita yang hakikatnya jauh lagi perjalanannya. secebis dari ujian kehidupan. kehidupan itu sendiri merupakan satu ujian. jalannya berliku, jalannya jauh. jodoh, rezeki, ajal, semuanya akan ditempuh. tapi ingat, tujuan kita hanya satu. Dia, Dia dan Dia.

"Kuatkan diri,cekalkan hati,afiq."

Cinta

ana tahu mana arah tuju ana selepas ini. segalanya sudah dioutline. jalannya alhamdulillah, mudah lagi setakat ini. itu perancangan terdekat. andai ada perlu diubah, ana sedia. andai ada yang tak menjadi, ana redha. yang pasti. segalanya kerana Dia cintakan hamba-Nya.

kita hanya mampu merancang bukan? hakikatnya Dia lebih tahu. apa yang terbaik. siapa, bila, di mana, bagaimana. dalam apaapa urusan jua sekalipun. hanya kita sahaja yang perlu berlapang dada dengan setiap yang mendatang dari Dia. ya, ia sukar pada awalnya. tapi yang sukar itulah mungkin yang terbaik tanpa kita sedari. insyaallah.

terima kasih buat sahabat yang pernah mendoakan sewaktu temuduga dahulu. ana doakan kalian berjaya juga.
terima kasih juga buat sahabat yang meniupkan semangat ana. katakata mu itu akan terus diingati.

ya Allah, berikanlah kekuatan, kesabaran, dan ketenangan dari sisi-Mu.
merancanglah. kerana konsep usaha dan takdir itu perlu dierti.
namun perancangan kita takkan pernah yang terbaik. only His.

HAVE FAITH :)

"sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari qiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim. dan tidak seorang pun yang mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok. dan tidak ada seorang pun yang dapat tahu di bumi mana dia akan mati. sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal."
- Luqman : 34

ps: dengarkan,Sahabat by Devotees :)

Saturday, October 15, 2011

gelora

:) bismillahirrahmanirrahim.

ujian datang tidak terduga. namun janji-Nya tetap sama, untuk terus setia di sisi.
nikmat yang datang juga, kadangkala tidak pernah diduga. namun, janji-Nya jua masih sama: adalah Dia akan menguji keikhlasan diri.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ‘Kami telah beriman,’ dan mereka tidak diuji?”
- alAnkabut : 2

ana akui, diri ini yang masih belajar kadang teruji dengan tekanan luar dan dalam yang menuntut kesabaran dan kekuatan. sebenarnya, di manamana jua keberadaan kita di atas muka bumi ini, akan datang tekanan yang pelbagai bentuk dan ragam. setiap orang, lain jenis tekanan yang dihadapinya. namun sejauh mana berbezanya setiap tekanan itu dengan yang lain, mereka tetap datang dari sumber yang sama. Dia.

ya, Dia menegur. ya, Dia memerhati. memerhati insan yang sedang dirudung resah. memerhati insan yang sedar lalu pergi mencari Dia. mendengar setiap doa yang dipanjatkan. di sebalik segala ujian yang mendatang, samada yang terzahir atau tak, hanya ada satu perkara yang Dia nak kita tahu..

that everything happens for a reason.

have u smiled today? 

di mata manusia, kita kelihatan ok. baik sahaja. sentiasa tersenyum dengan manis. namun gelodak di dalam, hanya Tuhan yang tahu penyelesaiannya. yalah, hidup orang beriman, akan sentiasa teruji. mana mungkin akan sunyi sahaja. makin beriman, makin tinggi ujiannya. lepas ujian itu, akan datang yang lagi berat. namun percayalah, semuanya kita mampu tanggung. ana yakin kalian sudah arif dengan ayat ini: Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya.

di posisi kalian, mungkin ujiannya begitu dan begitu. namun di posisi ana, berbeza. begini dan begini. jujur, ana masih banyak perlu belajar dan akan terus belajar akan Kehidupan.

Ujian

ada yang datangnya, sudah dijangka. namun kadang terfikir juga adakah diri ini sudah cukup kuat untuk menanggung beban Quran itu. title, tak penting. bahkan menakutkan lagi ada. ada yang datang, tibatiba.tak terjangka. yang buatkan ana terduduk dan terdiam. fikir dan fikir. senyum tetap mesti. tapi hati terus berdoa pohon dari al-Qawwiy.

ada pula, terlalu peribadi yang hanya ana dan Dia sahaja tahu. anggapan mereka ‘begitu’, namun kebenarannya  ‘begini’. biarlah..mereka tak perlu tahu..

Hati

yup, jagalah hati. jika dulu diulangulang. sekarang juga perlu terus diulang. bezanya hati seorang mu’min dengan hati seorang munafik, dia hanya punya satu hati. hati yang berdegup ke arah kebaikan. hati yang apabila dia melakukan kesalahan, rasa sangat bersalah. sangat. itu hati mu’min.

hati munafiq, seolah terbahagi dua. di sebelah menyuruh, di sebelah lagi melarang. apabila pernah golongan ini mengatakan Rasulullah berhati dua, maka Allah bidas mereka:

“ Tidaklah Allah menciptakan untuk seseorang itu dua hati di dalam rongganya..”
-al Ahzab : 4
[riwayat atTabari]

carilah kembali hati mu’min kita kala bersedih. selak kekasih setia yang menunggu di atas rehal tu, baca. berat tak berat, lain cerita. pick saja apaapa surah (ana syorkan surah arRahman,sangat menenangkan) lalu baca dan terus baca, saaaampai hati sayu. sampai menitis air mata.. maka ketika itu, rasakanlah sendiri manisnya iman :)

my dear sahabat,
la tahzan.
Dia ada, Dia setia.
percayalah :)

“Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, nescaya Allah timpakan ujian buatnya.”

ps: bila kena jadi bidan terjun buat kerja luar alam depan orang ramai nanti, memang ada rasa nak terjun tasik :P

Saturday, September 10, 2011

thank you for that unconditional love

Imagine, if one day you were given the chance to relive the very first day of your life. Don’t you want to see the auspicious moment we were brought into this world? To see, how your parents handled you with such care and love? If you could see the hopes in their eyes and the love in their smile, it’ll give a wrenching feeling inside us..when we aren’t able to fulfil all their hopes on us.

“Ayah,nanti kita besarkan baby ni,kita jadikan dia orang yang soleh ya?”

“Honey, our baby’s gonna be someone. We’ll bring him up with love, and we’ll make sure of that..”

They gave all they could – every ounce of love, money and protection. They worked hard, very hard. Moms, at the very break of dawn, would be the one preparing breakfast while we still could have gone back sleeping after Subuh prayers. Dads, the person to live up with such mettle and determination to bring up his family. We wonder, at all times, where did they get this strength. They may not say it everyday. Sometimes once in a while. But whenever, every single second, every minute and every hour, they love us. With all their heart and soul. And it’s unconditional.

Mak, Ibu, Mama, Ma, are still the same person who carried us for nine months and ten days without regret. Ask them. Did they ever regret bringing us here into this world? No. And we should make it stay that way. Believe me, no matter how hard the times may be, she’ll always love you. No matter what. She would give all her might and energy to feed us. She would look at us every morning before we wake up, and with such softness she’d wake us up, “ Sayang, bangun solat subuh” .  She was the one who, when we were little and attending kindergarten, bathed us and combed our hair. She’d whisper in our ears, “Hari ni belajar rajinrajin ye sayang. Be good, and make me proud :)” We kissed her forehead and walks away without looking back. But she was there, looking on till we were really inside our class. When we tripped at school and came back home bleeding, she stayed up all night checking our wound. When we cry, she came to us and hugged us, telling that everything’s gonna be fine. We believed her, and we became calm. When we need someone to love with, to ask questions, to make us some food – we always look for our moms.

She wouldn’t give in to negative words about her children. She would protect us with all that she could. And it’s the strength and power of love that give her the soul she needs to continue bringing us up.

Now that we are older, we often think that we’re always right. Always. We no longer take ‘no’ as an answer, and only our answers are the ones correct. We became distant, too busy with study life and all. Too busy even to give them a call once a day or at least, once a week. We only come to them when we need something. And worst of all, we become shy to even say “I love you Mak” . We become strangers to our own Moms. Astaghfirullahalazim.

How? How did two hearts that once binded became distant? Something has must gone wrong. Is it her, or it’s actually US? We became selfish. And we won’t admit it. But sometimes, if we really love our parents, we would miss them. Dearly missing them. It’s no longer about the food or ‘Hi’s or updates. But it’s actually about seeing them and wanting to be beside them and wanting too,with all our heart, tell them how much we love them. How much we appreciate what they had done to us. How much love and care they’ve given and that we would never ever be able to repay back. How much we wished that for the rest of our life, we really want to make up for all our mistakes towards them and take the role to care for them back. Yes, deep inside us, that’s what we really want.

Cinta ibu bapa adalah cinta agung. Cinta yang datang terus dari Dia, dicampakkan ke dalam hati dua insan yang belum melihat lagi pun bagaimana rupa kita. Cinta itu ikhlas, agung dan suci. Itulah cinta kedua yang kita merasa selepas cinta Dia. Kerana cinta Dia kita dihidupkan, dan kerana cinta mereka kita terus hidup. Mereka mengajar kita agar mencintai Dia dahulu, kemudian Rasulnya, dan kemudian baru mereka. Cinta ini jangan dipandang remeh, jangan diperlekeh, jangan dimarah, jangan dilawan dan jangan dilukai. Mereka mengajar kita mengenal Tuhan, dunia dan akhirat, kawan dan lawan, syurga dan neraka. Mungkin mereka ada kekurangan, tapi mereka sama sekali tidak mahu kita ada kekurangan tersebut. Mungkin mereka pernah melakukan kesilapan, tapi mereka sama sekali tidak mahu kita mengulangi kesilapan mereka. Apa yang mereka tidak mampu ajarkan kepada kita, mereka hantar kita ke sekolah dengan harapan kita berkongsi apa yang kita tahu. Biarlah mereka tahu, bahawa kita teramat menghargai mereka.

We may not be able to relive that first day. But we can always live up today. I could go on forever talking about love towards our parents. Because I was told that I’m good with words? Haha. I believe we all need to be loved and love, because that’s the very reason Allah created us anyway. So go on, carilah ibu atau mak kita, peluk mereka, dan katakan “I love you Mak”.

After all, who else would love us before we even live,right? ^_^

Saturday, July 30, 2011

ramadhan bukan untuk disembah


pejam celik,Ramadhan Kareem yang sekian lamanya meninggalkan kita setahun lalu,datang menziarah kembali.di wajah mereka yang pernah sedih tatkala ia pergi setahun lalu,terukir senyum gembira..

ziarahnya membawa seribu keenakan dan mahabbah bagi mereka yang merinduinya.
ziarahnya menjanjikan ganjaran terhebat berupa nikmat keampunan dan syurga-Nya yang indah.
ziarahnya jua, bisa menjadi titik perubahan buat seorang insan yang selama ini kehilangan dan terkapai dalam mencari erti hidup yang sebenar.

sebelas bulan bekerja mencari rezeki dan menongkah dunia..kini tiba masa untuk berehat sebentar.melepas lelah,mengisi jiwa,menilai kembali prestasi diri setelah setahun ditinggalkan..

bagaimanakah keadaan iman dan roh?
laparkah?
kurus-keringkah?
atau, terus kekenyangan dan gembira hasil tarbiyyah yang diterima kira setahun yang lalu?

bagi mereka yang erti iman tersemat rapi dan kemas dalam dadanya,menjenguknya Ramadhan mengubat rindu akan ibadat sepanjang malam tanpa keluh dan lelah.inilah peluang.inilah masanya! beribadat sepanjang malam,berkhalwat dengan Tuhannya.jika dulu qiamullail sepanjang malam terasa enak,kini keenakan itu bergandaganda.andai dulu puasapuasa sunat terasa nikmat imannya,kini rasa keimanan itu berlipatkali ganda enaknya!

namun harus diingatkan,

Ramadhan bukanlah untuk disembah.seolah-olah bulan ini sahajalah amal ibadat perlu digandakan.dari 1 ramadhan sehinggalah malam ke-30 insyaallah,ibadah-ibadah diperhebat semahunya.tetapi bermulanya Syawal,segala gerak kerja amal ibadat yang dilakukan sepanjang menjadi hambar semula.sama sahaja seperti sebelum tibanya Ramadhan.perut kekenyangan kembali? itu bukan alasan,my brothers and sisters..

iya,memang tidak salah untuk mempertingkatkan amal ibadat sepanjang Ramadhan.bahkan itulah yang sangat sangat dituntut kerana gandaan pahala yang Allah SWT janjikan tiada di mana-mana bulan Islam yang lain.di sinilah segala langkah tapak kaki ke tempat kebaikan dikira,di sinilah segala doa yang dipanjatkan dimakbulkan,d sinilah selama mana kita berpuasa semua makhluk baik di darat,laut mahupun langit mendoakan keampunan buat kita.di sini terdapatnya Lailatul Qadr,terdapatnya 1001 keampunan yang sangat mengasyikkan..

Nah,siapa yang tak mahu? gandaan pahala itu begitu banyak sekali dan syaitan tiada langsung ruang untuk mendorong kita berbuat dosa.rasakan nikmat itu! dan dengan janji-janji yang telah Allah taburkan..siapa yang tidak mahu meyakini-Nya? Allah itu tidak pernah menipu.janji-janji-Nya bukan janji kosong,tapi anugerah yang pasti datang.

tapi,bukankah elok dan baik andai hasil tarbiyyah yang dilalui sepanjang bulan Ramadhan ini dibawa ke bulan-bulan yang lain? Qiamullail setiap dihidupkan setiap malam,al-Quran dikhatamkan paling kurang sekali dalam sebulan..insyaallah boleh.kalau di bulan Ramadhan kita boleh peruntukkan masa antara Maghrib dan Isya,kemudian sambung lagi selepas Isya' untuk bertadarus alQuran..mengapa kita perlu isikan masa yang ada selepas solat Maghrib dan Isya' untuk menonton televisyen,jalan-jalan kat malls dan sebagainya?


mengapa, pengurusan masa kita di bulan Ramadhan boleh jadi begitu hebat,sehingga mampu memuatkan berbagai-bagai jenis amal ibadat dalam sehari meskipun masih sibuk dengan kerjakerja di pejabat?sedangkan di bulan-bulan lain terasa seolah-olah tak cukup masa pula.tiba-tiba sahaja,tiada masa nak baca alQuran walau satu muka sehari.tiba-tiba sahaja,beriktikaf sekejap di masjid,menghabiskan zikir Fatimah terasa sangat lama.tiba-tiba sahaja,tazkirah terasa tidak perlu didengari..? ketara sangatkah kesibukan di bulan-bulan lain berbanding Ramadhan?


nauzubillah.. mana perginya hasil didikan Ramadhan sebelum ini?
jangan terkumat-kamit mencari jawapan andai ini yang ditanya tika di Mahsyar nanti.mungkin,Ramadhan ini jugalah yang mampu membantu kita nanti..

dear sahabats,my brothers and sisters..
bukanlah matlamat Ramadhan ini didatangkan untuk kita memperhebat amal ibadat di bulan ini sahaja.Allah menganugerahkan Ramadhan kepada ummat Nabi Muhammad adalah untuk kita 'recharge' semula bateri roh kita.untuk kita hidupkan semula jiwa yang sudah lesu.kita berpuasa,agar dilupakan sebentar keperluan terhadap makanan.agar kita lebih diingatkan untuk beramal ibadat.bila hati tidak jumpa makanan untuk tubuh badan,maka ia mencari makanan untuk roh.dan sungguh,makanan untuk roh adalah kelaparan.dengan berlapar,kita lebih mudah untuk melakukan amal ibadat bukan?

jadi, mengapa kita tidak menjadikan madrasah tarbiyyah kali ini,sebagai 'preparatory program' untuk menempuh bulan-bulan di hadapan? jadual kita terubah di bulan Ramadhan,dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti keagamaan sepanjang hari.maka cuba serapkan pula jadual ini kepada hari-hari yang akan mendatang insyaAllah.moga-moga Ramadhan kali ini memberi kelainan kepada kita.moga-moga, jiwa dan hati-hati yang merindu Tuhannya terus merindu dan menanti saat pertemuan dengan Kekasih Agung.

sungguh,bagi kalian yang benar-benar ingin berusaha merebut kasih Dia selama ini..telah tiba satu tempoh yang sangat berharga dan istimewa buat anda.mari,beribadatlah sebanyak mana yang anda mampu,dan teruskan ia!

Ramadhan bukanlah untuk disembah, tetapi untuk kita ditarbiyyah agar lebih hebat dalam beribadat sepanjang tahun. Selamat menjalani pentarbiyyahan. :)

AHLAN AHLAN YA RAMADHAN  (^∇^)

Thursday, July 28, 2011

dilunakkan HATIHATI kami di sini


alhamdulillah..for more than a few months ive been in DQ,a lot of things have changed,for me.am i thoroughly grateful for being accepted? more than you know :) for once,i never thought i'd be there.well,i did hope,but not imagining to be a part of it.fikirnya..lepas spm mungkin sahaja terus parttime at Borders or L-ing.but,He has better plans for me.and i do have to thank Ustaz Wan Noh for introducing me to this place.syukran Ustaz..alhamdulillah,ana sudah di sini.. :)

now,i mentioned changes didnt i?

Changes

.. :) tak tahu macammana nak mula.but then all i can say,"dalam masa less than one and a half year, sangat banyak benda yang dipelajari". before,ive never heard of anything like 'diskusi' or 'seminars'.to me,diskusi was dorm punya halaqah and seminar was either die-hard brainstorming untuk exams or seminar kepimpinans or seminar nilam (?) .well yeah,maybe the reason why was that it was still secondary years.but hey.even in tertiary years,i know how much course work and assignments yang banyak kadangkala boleh mencekik masa yang ada.time management..we're not going to talk about that.di sini, alhamdulillah.kebanyakan masa yang ada hanya lah untuk aktiviti menghafaz.yang sememangnya tak la sampai 24 jam menghafaz..no.cuma,af'al harian yang agak mudah dan ringkas mengisi jadual.kuliah tasmi dari pagi hingga tengahari,smbung dengan kuliah hingga asar..kalau ada.kuliah agama di sebelah malam dalam tiga kali seminggu.hasilnya, terdapat banyak masa di sebelah petang dan malam yang kadang tidak terisi dengan apaapa,sekadar ziarah sahabatsahabat atau mengadap bahan bacaan.

Saturday, July 23, 2011

He hears,He answers


A young man had been to Wednesday Night Class of Quranic Studies. The Mualim had shared about listening to Allah and obeying Allah through intuition.

The young man couldn't help but wonder, 'Does Allah still speak to people through intuition?'

It was about ten o'clock when the young man started driving home. Sitting in his car, he just began to pray,

'Allah...If you still speak to people, speak to me. I will listen.. I will do my best to obey.'

'Okay, Allah, I will.'  

He drove several blocks, when suddenly, he felt like he should stop. He pulled over to the curb and looked around.

He was in a semi-commercial area of town. It wasn't the best but it wasn't the worst of neighborhoods either. The businesses were closed and most of the houses looked dark like the people were already in bed. Again, he sensed something, 'Go and give the milk to the people in the house across the street.'

The young man looked at the house.. It was dark and it looked like the people were either gone or they were already asleep.

He started to open the door and then sat back in the car seat.

'Allah, this is insane. Those people are asleep and if I wake them up, they are going to be mad and I will look stupid.'