Saturday, January 15, 2011

mampukah aku



“Tidak sekalipun nafas yang engkau hembuskan, kecuali di dalamnya ada ketentuan Allah yang berlaku atas dirimu”

Petang itu hujan renyai-renyai. Mentari kian hilang sinarnya,menenggelami dirinya di ufuk barat,mengakhiri tugasnya dengan penuh taat. Tetap patuh dan tunduk kepada aturan yang Esa. Dingin. Bayu yang melurut dari bukit berderu menggigit tubuh. Sekali-sekala menggigil tubuh kerdil ini. Langkah satu persatu ditapak, menuju Baitullah.Tak sabar rasanya ingin bertemu Dia. Rindu. Terlalu banyak yang ingin diadu.

Beban itu, terlalu berat rasanya pada bahu ini, terlalu gundah hati menjadi, terlalu bingung memikirkan pilihan ini. Ah! Ingin saja dilemparkan bisikan itu jauh-jauh. Ingin sahaja menjerit sekuat hati. Mampukah aku nak bawa amanah ni? Nak pegang lagi? Kadang-kala terasa keputusan yang dibuat terlalu melulu. Keputusan yang bukan datang dari lubuk hati yang jauh masih ingin meneroka dunia sepuaspuasnya selagi usia masih muda. Kebebasan, kata mereka. Eksplorasi, kata ku.

Kejap mahu, kejap tidak. Kadang seronok, kadang menyesal. Haish. Bingung, bingung.Teramat berat.

Tangga masjid didaki, menuju ke tempat wudhuk. Lengan baju dilipat rapi, dan paip air dibuka, membiarkan air turun seketika. Wudhuk dilurut dengan cermat, membersihkan diri dari dosa, biiznillah. Tika itu, terngiangngiang perbualan sebentar tadi dengan seorang sahabat di bilik.


"Enta tak rase berat ke tasmi' dua maqra' sehari?"
"Kalau istiqamah? Mungkin saja."
"Emm. Tapi ada je yang nak ambil fast track. 9 bulan lagi tu. Mampu ke?"
"Diorang percaya pada kemampuan, teruskan aje lah."
"Tapi rugikan, datang sini sekadar menghafaz. Lebih baik duduk sini lamalama sikit, 'iadah bagi masyi betulbetul. Cedok ilmu banyakbanyak. Keluar nanti belum tentu dapat buat semua tu."


Aku diam. Setuju. Terlalu banyak yang ada untuk dipelajari. Minggu Haluan Siswa dan Mafatih Mahabbah saja sudah membuka mata bahawa besar dan berat mehnah yang bakal ditempuhi. Perjalanan panjang penuh tribulasi dan duri. Cukupkah waktu untuk persiapkan diri?


"Mungkin sekali mereka ada rancangan lain untuk persiapkan diri. Mana tahu yang fast track tu nak bergelar ustaz cepat supaya boleh tolong masyarakat?" Aku buka sedikit ruang lingkup perbualan. Tak mahu terlalu one-sided.
"Mungkin sekali. Tapi, ada saja ramai lepasan tahfiz yang bukan betulbetul bergelar 'Al-Huffaz'. Hanya orang yang pernah menghafaz Al-Quran. Bukan hafiz sebetulnya. Keluar beberapa bulan, dah bertompok hafazan."


Betul juga. Ramai lepasan tahfiz yang sebenarnya merupakan orang yang pernah menghafaz Al-Quran. Tak betulbetul jaga. Tak istiqamah bermuraja'ah. Satu penyakit golongan huffaz. Belum lagi dikira masalahmasalah akhlak, masalah hafazan yang hanya pada bibir tapi pada hati, kosong. Langsung tak menyinari diri, malahan menjadi hipokrisi masyarakat. Walhal dialah yang sepatutnya mengimami masyarakat ke arah mardhatillah.


Diriwayatkan daripada Yusair bin Amr katanya: Aku bertanya kepada Sahl bin Hunaif: Adakah engkau pernah mendengar Nabi s.a.w menceritakan tentang Khawarij? Sahl menjawab: Aku mendengarnya sambil menunjuk dengan tangannya ke arah timur. Suatu golongan membaca al-Quran dengan lidah mereka, tetapi tidak sampai ke otak mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan.


"Tu belum kira isu Al-Quran diugut bakar. Heboh. Tapi pelik, ana nampak yang betulbetul sensitif dan lawan balik macam tak ramai. Ke mana perginya golongan yang menjaga Al-Quran ni? Hilang sensitiviti? Masalah lagi ni."
"Tau takpe. Umat Islam macam dah terlalu polarized. Puak sana puak sini. Gaduh sana gaduh sini. Pasal jawatankuasa masjid pun jadi isu. Pelik. Macam tak sedarsedar yang kita ni tengah perang dengan kuffar. Dah beratus tahun dijajah pemikiran pun tak sedarsedar."
"Kita lah yang perlu sedarkan diorang nanti. Sama ada kita dah sedia atau pun tidak, itu je."


Benar. Masyarakat sekarang kurang sangat dari segi agamanya. Ramai lagi yang masih buta dan tercaricari. Hukum-hakam lazim yang sepatutnya dah tahu pun masih ada yang belum faham. Bukan mengkritik, tapi ini realiti. Sistem nilai masyarakat yang kerap membandingbeza satu hal. Penguasaan ilmu satu hal lagi. Generasi ulama yang perjuangkan agama di peringkat nasional terputus hampir selama 20 tahun. Rata-rata mereka berusia 60an. Tak kedengaran yang 50an atau 40an. Bahaya. Kalau disahut Ilahi kesemua mereka, tanggungjawab besar jatuh pada ulamaulama muda. Generasi muda. Generasi aku lah. Untuk membimbing masyarakat. Tapi, berapa ramai sahaja yang sudah bersedia?


"Enta rasa enta dah sedia nak hadapi dan terjun dalam masyarakat?"
"Entah lah.. ana pun tak tahu. Berat sangat.."
"Hmm.." Masingmasing melayang. Terfikir.


Selesai wudhu' (lamenye.. hee), diri mengatur langkah ke ruang solat di atas. Tibatiba,
"Assalamualaikum! Anta SMAPK kan?" Seorang senior menegur, bekas pelajar SMAPK jua. Abg Naim. Antara pelantun terhebat baitbait Kalamullah yang pernah ana jumpa.
"Waalaikumussalam.Ha ah,ana la tu. Afiq Fakhri. Abg sihat?" Salam dihulur.
"Alhamdulillah. Anta dengan seorang lagi kan dapat sini? Wafiy rasenye."
"Ye ye. Dia dah ada kat atas. Abg dah jumpa?"
"Belum lagi. Anta pun ana macam waswas tadi nak tegur. Rasa macam pernah tengok. Tengok balik macam orang lain." Heh, dah gemuk sangat ke aku ni? Tang pipi kot. Cis. Jusmate tak bawak. Hehe.
"Oh, takpetakpe. Biasa lah tu. Proses pendewasaan. Hahaha. Nanti ada jambang lagi recognizable, macam abg!" Gelak. Gelak la!
"So camne hafalan anta?"
"Alhamdulillah, setakat ni boleh go lagi la."
"Mm, bagusbagus. Ana yang duduk sini lama pun macammacam dah rasa dalam bidang ni. Bukan mudah. Bukan ringan. Anta memang kena bermujahadah betulbetul. Kalau tak menangis tak sah!" Bersungguhsungguh dia bercerita.
"Uish, berat sangat ke?"
"Berat! Cabarannya banyak dan besar. Anta kena kuat mental. Paling penting, jangan give up. Kalau anta rasa macam down, seorang sorang, tu silap. Sebenarnya semua akan rasa. Cuma sekarang atau nanti,"
Oh...
"Paling penting, anta kena rajin mengulang. Al-Quran ni senang nak menghafaz. Tapi sangat susah nak jaga. Silap sikit je, lalai seketika, boleh hilang sejuzuk! Berdosa tu."
"Ui! Berat berat. Hmmm."
"Tapi ana yakin anta dengan Wafiy boleh. Kalau ada masalah, jumpa abang, abang Acap, Miftah ke."
"Insyallah insyallah. Ana cuba."
"Bagus bagus. Jom. Nak azan dah."


Azan Maghrib bergema, membelah langit di Bumi Tarbiah. Terusmenerus aku dihujani persoalan. Terjawabkah persoalan? Benar, jalan yang dipilih bukan mudah. Ada yang masih boleh bertahan, alhamdulillah. Ada yang sudah mengeluh kerana tak tahan, tabahkan hati! Tapi ada juga yang tidak tahan diuji, mengambil keputusan meninggalkan tempat ini. Mm.. pilihan masingmasing. Masa mencari 'modal' perlu diurus dengan rapi. Disiplin sangat penting. Terlalai sikit, alamat berdiri la time kelas tasmi'. Belum lagi kira jadual kuliah dan programprogram yang menggunung. Ujian ujian. Bersabar itu penting. Buat rakanrakan, kuatkan hati! Jangan mudah mengalah. Ini baru sedikit. Sangat sedikit. Benar laluan ini sangat berliku. Susah. penat. Tapi ingat, kita ada Allah. Minta tolong. Dia akan bantu. Insyallah.


Di jalan ini, banyak yang perlu dilupakan. Ibarat mendaki bukit. Sangat sukar andai di pundak dibebani perkara yang tidak perlu. Andai diangkat dan ditinggalkan semua itu, ia menjadi suatu perjalanan yang mudah biiznillah. Hati ini membuat keputusan. Ya! Inilah jalan yang dipilih. Pilihan dari Allah. Yang sememangnya mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.


يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك.