Saturday, February 26, 2011

haiku

my first ever haiku. well in case you dont know what a haiku is, it's simply put as a Japanese poem - consisting of three lines - where the first line has 5 syllables, second with 7, and third with another 5. now, i was somewhat decluttering my old stuffs some days ago and happened to come across those old , dusty, ancient archives. the literature magazine is actually a sub-edition of the St Mary's International School Tokyo 2003's yearbook. one of the school's ways to encourage creativity in students. really love the works. amused me as a kid i tell ya. so, students from ESL classes (ie kindergarten kids)  up until the High School boys get to send their literature works to the Editors. selected ones get printed in the Literature mag. and I, happened to be that lucky 3rd-grader who wrote a haiku on 'Spring'. and then one day in class, while i was happily reading Charles Dicken's during recess, Mrs Crawford called out the 'lucky students'. got myself a customized bookmark (lost it) and a certificate. LOL. wasnt the best poem i ever wrote anyway. i myself dont think it should went inside that mag. still, coming from a 3rd-grade junior, perhaps the editors thought they could do me some good deeds. and since this was my first ever written-poem,it simply made me luff that day :)


Haha.

Saturday, February 5, 2011

Dia kucinta

' Dan di antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah... '
- Surah Al-Baqarah : 165

Astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim..
Aku perlukan jawapan. 
Dah lama bermain di fikiran. Aku khuatir, andai di biar, aku sendiri yang akan keliru. Kelibat naqibku dicari, hati terus berdoa dipermudahkan urusan. Naqib, abg fasi, senior, pembimbing, ustaz, kaunter tanya... semua dia. Diri ini yang setia dan sentiasa bertanya, dan diri itu yang setia dan sedia menjawab.

"Akh, mungkinkah, laluan menuju cinta Allah suatu perjalanan yang mudah?"
"Bergantung pada iman anta. Semakin tinggi, semakin kuat ujian tu. Maka semakin susah la."
"Bukankah Allah tu Maha Penyayang? Kalau betul Dia sayang, mengapa perlu 'semakin kuat ujian' tu?"
"Semakin diuji, tanda Dia semakin sayang kat kita. Ingat, Allah takkan sesekali uji hamba-Nya kalau Dia tahu hamba tu tak mampu. Dan sememangnya Allah sentiasa tahu apa yang terbaik buat hamba itu. Bila Allah merindui kita, Dia beri kita ujian. Sebab, Dia nak kita ingat dan kembali kepada Dia. Anta bayangkan, dalam berbillion manusia atas muka bumi ni, hanya kita diberi ujian tu. Khas untuk kita. Cara untuk Allah ingatkan kita bahawa Dia sangatsangat merindui hamba-Nya yang sabar dan semakin sabar."
"Tapi kadangkadang ana dah tak tahu nak pergi mana!"
"Adakalanya, hamba tu dah nak berputus asa, dah tak tahu mana nak pergi, dah hilang arah tujuan... namun bila dia kembali ke atas tikar sejadah, bertaubat, memohon ampun, menangis atas dosadosa yang lampau, maka dia dah naik satu lagi tingkatan. Dan beruntunglah dia, kerana semakin hampir dengan cinta Allah."
"Dan..?"
"Dan bila dia dah dapat rasa bahawa dia begitu hampir dengan Pencipta-Nya, seolaholah Rabbnya tu di sisinya, berbahagialah dia. Sebab waktu tu, dah tiada apaapa lagi yang mampu membahagiakan dia melainkan Allah."

Aku tertunduk, merenung tikar masjid. Alunan Al-Quran bergema di sekeliling. Damai. Namun hati ini terus berinqilab. Sedari, mengejar cinta Allah bukan mudah. Kerana itulah yang terbaik. Namun hati ini yang mudah goyah. Syaitan membisik, atau memang aku yang sengaja melupakan? Satu lagi persoalan. Aku menghela nafas panjang. Berat.

"Macam mana pula cinta kepada manusia? Itu fitrah. Takkan nak membunuh perasaan pulak?"
"Benar. Islam tak pernah menyuruh umatnya menafikan fitrah. Bahkan Islam meraikan fitrah. Bukankah Islam itu agama fitrah? Dalam Surah Al-Imran ayat 14, Allah pun dah cakap 'Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa wanitawanita, anakanak, harta benda yang banyak dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.' "
Aku angguk.
"Jadi, perlunya untuk kita menggunakan akal berpandukan apa yang Allah dan Nabi dah ajar. Supaya yang dituruti bukanlah hawa nafsu, tapi apa yang Allah dah tetapkan. Nanti baru kita akan tahu apa itu sebenarnya rasa mencintai seseorang dengan bersandarkan cinta kepada Allah. Faham tak?"
Hmm..
"Okey abang bagi contoh, kita mencintai Rasul - satu benda yang wajib. Kita mencintai ibubapa, dah menjadi lumrah. Takkan nak deny ibubapa kot kan? Tapi macam mana pula kalau sesama teman. Itu suatu ukhuwah. Lain pula apabila cinta itu kepada seorang wanita yang solehah, itu fitrah. Untuk mencintai dan dicintai. Biarlah kita kawal perasaan itu, mujahadah sungguhsungguh agar takkan lebih dengan cinta kita kepada Allah dan Rasul. Bagi abang, abang takut nak berperasaan kepada manamana wanita sebab abang rasa diri abang masih belum lagi betulbetul cinta dengan Allah dan Nabi. Kalau dengar kalimah Allah atau selawat pun, hati abang tak begitu rasa sayu atau hiba sebab rindu. Jadi bila abang mula berperasaan, abang takut cinta kepada manusia melebihi cinta abang kepada Allah dan Rasul. Allah tak suka. Abang pegang satu sahaja. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan begitu sebaliknya. Jadi apa yang penting sekarang, kita berusaha untuk jadi soleh. Sebab jodoh itu dah ada dah. Insyallah, kalau kita betulbetul jaga dan berusaha mengislahkan diri, Allah akan bagi yang solehah untuk kita."
"Maknanya seiring semuanya, tapi biarlah cinta kepada Allah dan Rasul melebihi segalagalanya?"
"Tepat sekali."
Aku tersenyum. Ringan rasanya hati ini. Segalagala yang menjadi persoalan sudah terjawab. Begitu mudah akh bagi jawaban. Tapi kenapa tak aku? Mataku melihat wajah akh. Begitu tenang dan cerah. Wajah yang menemui cinta Allah, lalu melimpahkan cinta itu kepada sahabatsahabat dan adikadik. Demi ukhuwah yang diperjuangkan dengan begitu hebat di bumi DQ ini. Kerana itu lah yang Islam perlukan. Umatnya bersatu atas dasar ukhuwah fillah.

Aku minta izin untuk pergi. Mencari ketenangan di tempat yang ku sering lazimi. Bawah sepohon pokok yang sangat rendang di sebelah masjid, menghadap tasik. Dan pada malam itu, hati ini kembali merindui Tuhannya.

Adakala, terasa seolah rindu kepada Allah dan Nabi Muhammad begitu lemah. Terasa lebih merindui dunia dan manusia. Tidak kiralah ibubapa, guru, atau teman. Padahal bukan situ tempatnya. Meletakkan 'cinta manusia' lebih tinggi dari cinta kepada Allah dan Rasul. Kadangkadang dalam sehari tu, terlupa berselawat! Kalau ya pun, dalam solat. Itu pun belum tentu khusyu'. Di mana pula cinta Allah kalau satusatunya cara terhampir 'bercakap' dengan Tuhan diangkat ke langit dalam keadaan cacat dan daif? Amalan nawafil pula? Terlupa kepada Tuhan, nak salahkan dunia? Tidak. Urusan dunia takkan sesekali menggugat cinta seorang mu'min kepada Tuhannya. Dunia bukan alasan untuk kita gagal tunai taklifat dengan sempurna. Nak tunaikan janji kita kepada Allah lagi. Ingat lagi janji kita dengan-Nya di alam roh? Janji bahawa kita tidak akan mempersekutukan-Nya. Di sana roh dengan segala kekerdilannya telah berkata: 'Tiada Tuhan melainkan Engkau ya Allah.'

Lalu Allah memerintahkan roh itu dihantar ke alam rahim, ditiupkan oleh Jibrail ke dalam jasad yang masih dalam kegelapan dan kebingungan. Maka kita lahir dalam keadaan menangis, takut dengan tugasan besar yang berada di hadapan. Tugasan sebagai khalifah untuk mentadbir bumi sebaiknya, berjuang menegakkan Islam, menjalankan segala amanah.. dan pada masa yang sama, terus berpegang pada janji itu. Lalu dunia ditempuh. Pelbagai ragam manusia kita jumpa. Bertuhan, takbur, ateis, keliru, sesat, hilang tujuan hidup.. semua ada. Nikmat datang melimpahruah. Dan adakah pula kita bersyukur tatkala mendapatkannya?

Hati mula lalai, mula leka, mula alpa. Baginya, dunia ini terlalu indah. Segalagalanya ingin dikejar. Jawatan, duit, pengaruh, pasangan.. kita ditipu dengan begitu mudah sekali. Walhal cinta kepada Allah sangatlah sedikit. Namun berapa ramai yang sedar akan hakikat itu? Cinta dilimpahkan kepada pangkat, harta, kuasa. Cinta kepada Allah - yang selama ini memberi segala kasihsayang yang kita ada, segala yang kita perlu dengan percuma, untuk mengejar dunia tadi - kita kebelakangkan.


'Katakanlah, "Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri akan kerugiannya, dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasiq.'
- Surah At-Taubah : 24

Dan pabila tempat di hati sudah ada selain dari Allah, maka kita telah melanggar janji itu. Allah cemburu dengan kita. Dia memberi segalanya kepada kita, namun sangat jarang kita berterimakasih. Kita lupa kepada Dia, tapi tidak pernah sekali pun Dia lupa. Bahkan merindui. Ujian dikirim, tanda kasihsayang dan peringatan. Namun kita sombong! Terusmenerus menyesatkan diri. Hinggalah sampai satu ketika, rindu itu memuncak. Lalu direntap-Nya semua nikmat itu. Kita tersentak. Terpingapinga. Kita menjadi keliru. Hinggalah terbit hidayah-Nya di hati. Memanggil jasad ini kepada Penciptanya semula. Air mata taubat dititis. Lalu hati yang gundah itu menjadi tenang, damai dan gembira berada di samping Kekasih Agung. Segalagalanya terasa lain. Pernah tak dengan hati yang ikhlas, kita menitipkan katakata cinta buat Allah? "Aku cintakan Kau ya Allah." Bahagia bukan? Kerana itu para wali-Nya berdoa, "Ya Allah, hidupkanlah aku dengan cinta-Mu, nafasku dengan redha-Mu, dan jiwaku untuk-Mu. Andai dengan kematian lebih merapatkan aku dengan Mu, maka ambillah nyawaku, kerana ia juga adalah milik-Mu.

Allah takkan menciptakan sesuatu dengan siasia untuk sengaja menyebabkan kita lalai. Bahkan, itulah ujian. Agar kita lebih rapat dengan-Nya. Ingat kembali firman Allah dalam sebuah hadis qudsi:


"Sesungguhnya ada hamba-hambaKu yang mencintai-ku dan Aku mencintai mereka. Mereka merindukan-Ku dan Aku merindukan mereka. Mereka memperhatikan-Ku dan Aku memperhatikan mereka. Jika kamu menempuh jalan mereka maka Aku akan mencintaimu. jika kamu berpaling dari mereka, Aku akan murka padamu."

Dan hati ini terus berbisik, "Sejauh mana aku betulbetul mencintai Allah?"