Sunday, March 27, 2011

wasiat imam hasan al-banna kepada mu

1. Wahai kawanku, apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang sertamerta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Wahai kawanku, bacalah Al-Quran atau tatapilah bukubuku atau pergilah mendengar perkataanperkataan yang baik ataupun amalkan zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walaupun sedikit dalam perkara yang tidak berfaedah.

3. Wahai kawanku, dorongkanlah diri untuk menguasai bahasa Al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula sejak anda solat setiap hari. Sebut dahulu walaupun tidak faham. Antara malapetaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar.

4. Wahai kawanku, janganlah banyak bertengkar dalam apaapa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi apa pun jua kebaikan.

5. Wahai kawanku, senyumlah selalu tetapi bersederhanalah dalam ketawa. Rasulullah SAW adalah yang paling banyak senyum, beliau ketawa kena pada tempatnya tapi berpadapada sahaja. Wahai kawan, Plato juga berharap agar pementasan hiburan yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh hanyalah disaksikan oleh golongan abdi dan orang upahan asing. Begitu juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburanhiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebihlebihan. Supaya tidak menular keburukan dalam diri.

6. Wahai kawanku, janganlah bergurau kerana umat sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguhsungguh dalam setiap perkara.

7. Wahai kawanku, janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang begitu nyaring adalah suatu resmi yang siasia malah menyakiti hati orang.

8. Wahai kawanku, jauhilah daripada mengumpatngumpat peribadi orang, mengecamkan pertubuhanpertubuhan, janganlah bercakap melainkan apaapa yang boleh memberi kebajikan.

9. Wahai kawanku, berkenalkenalanlah dengan tiaptiap saudara Muslim yang saudara bertemu dengannya sekalipun tidak meminta saudara berkenalan, kerana asas gerakan Dakwah kita adalah berkasihsayang dan berkenalkenalan.

10. Wahai kawanku, kewajipankewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang caracara bagaimana hendaklah mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

~
tokoh pejuang yg begitu dikagumi.andai diberi waktu,ingin saja diceritakan seluruh kisah hidupnya.hmm,insyaAllah.andai diizin.

4 comments:

Izzati said...

take note for num 3 ye dik? Allah yusahhil lak.

baca metodologi dakwah imam Hassan al-Banna tak?

Sir Dr. Afiq said...

insyaAllah.mm,dlm buku yg ana baca ada kisah hidup beliau,along the other as-syahidiins.nanti ana tgk balik.

Izzati said...

buku apa? i have Pahlawan Islam Kontemporari written by Atriza Umar.

Sir Dr. Afiq said...

yup.that's the one i read.