Saturday, March 5, 2011

Polar Ku Polar Mu

terdiam
berfikir barangkali
ya ,
ku yakin ku berfikir
jauh sudah
suatu kenyataan mungkin
yang gamat melanda umat
gersang pemimpin
tandus ilmu
hilang jiwa-jiwa jihad
rugi sungguh
sungguh menghampakan
umat ditimpa bala.


kasihan bukan ?
sedang bangsa lain sibuk kejar maju
kita sibuk kejar kayangan , 
meninggal agama lagi tu
bahagia ?
mereka kata :
"Pergi mampus."
bahagia apa kalau agama diadatkan
bahagia apa kalau sabda Nabi dimainkan
bahagia apa kalau ulama dicaci-hina
"Eleh macam confirm diorang masuk syurga bagi fatwa sana sini."
heh , 
kau kira kau lagi bagus dari mereka?
jangan sesekali hina ulama
kalau salah,tegur
hmm sambung
bahagia apa kalau bulan puasa disambut sepi , 
tapi aidilfitri dipestaadatkan
bukak telebisen tampak gelagat manusia yang dah tak reti malu
joget bagai dalam lagu 2012 oleh Jee Syon
"Party like, like it's the end of the world."
mereka kata :
"Palehotak dia.Kiamat weyy.Fikir dosa lah!"
sekali lagi
mereka yang kata , bukan saya
sedih
hari raya yang patut jadi sebulan tanda bersyukur
berselawat ke paling kurang
minggir sepi...
jadi apa ?
jadi bulan pesta yang penuh maksiat di dada telebisen
kadang tu rancangan nyanyi nyanyan sahaja boleh capai sebulan
bangsat sungguh agama yang diadatpestakan
Islam itu indah lah !
tolonglah jangan hinanya !
malaysia kutercinta ,
bangkitlah semula Islam pada mu
seperti yang termaktub kemas dalam perjanjian tebal itu
Islam agama rasmi negara .
moga moga .


itu satu .


kedua ,
tak tahu nak cakap apa
diam je lah
heh
kadang terfikir ,
sinikal sungguh fikiran ku
analitikal sungguh poin
naluri apatah lagi
kuat berderam
bagai nubari sekalian manusia kudengar
mm
mampir sahaja nyata itu
malas bercandu perasaan yang sudah
bagai berkhayal yang tiada henti
kuat lah semangat dalam ini
lebih baik merencana pembangunan kalau tak pun jihad menentang taghut bukan?
ku khuatir
hilang sudah jiwa membara itu
terbuai buai
cuba mengunjur kekecewaan
serba serbi sungguh manusia
jangan terlalu dikenang yang sia sia untuk dikenang
cukup sekadar menoleh untuk mengutip ibrah dari daripada pengalaman
diladeni apa yang belum pasti
ah!
ke mana hilangnya kuat jihad itu!
kecewa sungguh
kecewa itu perlu,tapi jangan terlalu
bukan pada diri ku
sungguh , bukan diri ini maksud ku .


biar lah
biar sahaja aku melangkah
walau berderu seorang
kerana ku yakin ada jemaah menanti
"Malas sungguh."
jangan sesekali diungkap kalimat keramat itu
bisa kan ?
kau terlupa barangkali
membunuh semua yang pernah berharap
sesekali datang petunjuk
tapi syaitan tampaknya lebih licik
kalau tak kerana iman yang lemah
sekarang baru tahu susahnya memadam istilah 'putus asa' dalam hidup ?
putus asa pada apa , bergantung lah
jalan jihad tidak sekali
tapi , 
mungkin pada yang lain?
ertinya ,
kamu tahu ?
bukan putus asa barangkali , melainkan berpatah arah
mujahadah bagaimana ya ?
perlu tambah gula lebih sedikit dalam kepahitan mujahadah
jadikan ia manis
bermaknakah ia kalau nafsu sendiri sukar diperangi ?
itulah mujahadah sungguhnya
perlahanlah , walau terpaksa bertatih mahupun merangkak dahulu
asal sahaja usahanya ada
terbanglah tinggi hendak mu , tapi ingat ,
biar patah sayap bertongkat paruh
daripada membiarkan diri tak menapak walau selangkah..


ku bisa hilangkan segalanya
agar tak terbuai dan terlena
dunia , cinta palsu , duit , pangkat , gelaran serba-serbi yang lip lap
mainan semata-mata
mungkin benar ku tak punya perasaan
tapi itulah terbaik kira ku.
paling tidak,
tak terbantut kemahuan ku yang membara!

1 comment :

Izzati said...
This comment has been removed by the author.