Tuesday, May 24, 2011

harapan pada-Mu


harapan pada-Mu subur kembali
nazrey johani
*
Wahai tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qohhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang menggunung
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghaffar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali


Ujian menimpa menekan dijiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Wahai tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qohhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang menggunung
Setiap hari setiap ketika

Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harus ku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak melihat kebenaran-Mu
Ya Allah tuhanku bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

*

5 comments :

Im said...

wassalam wbt,
syukran ats ziarahnya,
InsyaAllah =)

Ibnbakr said...

Kuberharap,kau sentiasa diredhai Allah.. :)

Klu ada masalah dgn MARA,anta ulang nama ana 3 kali depan Dato' Ibrahim bin Muhamad tu..

:)

Sir Dr. Afiq said...

Im : afwan :)

Ibnbakr : syukran jazilan akh:) may Allah bless u too.insyaAllah2,nanti ana buat.ahaaa.baru tahu ketua MARA itu Dato' Ibrahim rupanya ;D

Izzati said...

ehem2. :)

Untuk yang datang bertimpa-timpa, yakinku hanya pada Yang Satu.
Bahawa ujian itu tanda kasih dan cinta-Nya.
Bahawa ujian itu tarbiah dari Allah supaya lebih dekat kepada-Nya.
Bahawa ujian itu peringatan agar hati itu selalu lunak menyebut nama-Nya.
Bahawa ujian itu takkan diberi melainkan ada bersamanya kekuatan untuk diharungi.
Dan, yang paling bermakna sekali, bahawa Allah berkenan mengampunkan sebahagian dosa-dosa hamba-Nya walaupun terkena sebatang duri. :)

Sir Dr. Afiq said...

sis izzati :ukthi,syukran jazilan :) that means a lot.