Thursday, June 2, 2011

aku bukan dia

"Tiada siapa yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya."
Aku mendongak memandang ustaz di hadapan.Tersentak.

Kuliah Hadis 40 di masjid pada malam ini benarbenar menusuk.Hati seolaholah 'disuruh' mendengar ayat huraian dari Kitab Hadis 40 itu dengan teliti.Aku menanti mendengar penjelasan ustaz yang seterusnya.

"Ayat ini terdapat penolakan terhadap kaum musyrikin.Bermakna, dengan jelas dan terang bahawa pemberian syafaat tidak akan sesekali berlaku terhadap mereka yang pernah syirik kepada-Nya.Termasuklah juga dalam soalan penerimaan syafaat." Angguk.

"Namun kita juga mesti ingat, ini tidak bermakna kita semua di sini pada malam ini,adalah elligible untuk penerimaan syafaat.Hanya mereka yang benarbenar beriman,dan diredhai Allah sahaja berhak mendapat.Pak-pak imam belum tentu dapat.Ustaz-ustaz,para pemimpin,tok-tok bilal pun belum tentu.Jangan yakin sangat kita boleh bersenanglenang buat dosa kerana nanti akan diberi syafaat.Begitu juga dalam soal pemberian.Allah tak kan izinkan pemberian syafaat kecuali kepada orang yang diredhai-Nya.Ingat,sapasapa yang dok menghapai al-Quran tu,toksah dok suka sangat.Nabi Muhammad sendiri yang taraf tinggi itu pun tak terlepas dari keperluan mendapat keredhaan-Nya untuk memberi syafaat, inikan pula kita yang tadak apaapa sangat pun!!"

astaghfirullahalazim..terkedu ana.pedasnya terasa!walaupun ana yakin katakata ustaz itu bersifat umum,tapi memang terkena batang hidung sendiri.direct hit.hmm..fikir,fikir! otak ana terus berkatakata, telinga tertutup untuk mendengar katakata ustaz lepas tu,hati tak hentihenti muhasabah balik..

betul ke niat aku selama ni?!

*
memang,ana melangkah ke Darul Quran adalah hasil keinginan dari kecil.juga untuk penuhi janji ana kepada mak ana selepas keluar dari SM Tahfiz di melaka untuk ke smapk.janji untuk khatamkan hafazan al-Quran.dahulu,ana sering diberitahu bahawa jasad seorang al-hafiz yang sudah meninggal tidak akan reput dimamah bumi dan ulatulat dalam liang lahad nanti.ana suka mendengarnya.kisahkisah tentang kebesaran Allah berkaitan para hamba-Nya yang menghafal dan memelihara al-Quran ana hadam berulangkali.hati ana berbungabunga nak menjadi al-hafiz.yang paling ana suka mendengar, seorang hamlatul Quran akan diberi kelebihan untuk menarik sepuluh orang ahli keluarganya masuk ke dalam syurga.hati ana gembira mendengarnya.niat terus dipacak,sebagaimana seorang pendaki gunung memacakkan bendera setelah berjaya menawan puncak kepayahan.ana tak sabar nak melaksanakan fardhu kifayah ini.

Menurut Ismail Masyhuri al-Hafiz (1993: 87-90), di antara kelebihan-kelebihan lain yang diperolehi oleh penghafaz al-Quran adalah selalu dilindungi oleh Allah S.W.T, menjadi umat Nabi Muhammad yang mulia, tidak merasa takut pada hari kiamat dan doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Selain itu juga, mereka yang menghafaz al-Quran juga merupakan mereka yang paling layak untuk menjadi imam serta dipermudahkan segala urusan mereka. Allah S.W.T juga mengurniakan nikmat kelebihan ilmu yang dikurniakan kepada para nabi kepada para huffaz serta diberikan kelebihan pada hari akhirat kelak untuk memberikan syafaat kepada 10 orang daripada ahli keluarganya.

lima tahun dihabiskan di smapk.minggu kedua cuti,ana sudah melangkah ke Darul Quran bersama seorang lagi sahabat putera.dari empat orang yang ditawarkan tempat,hanya kami berdua yang menerima.lima bulan berlalu,semester satu dihabiskan.macammacam kepayahan terasa nak menghafaz ni.bumping,lari padang,naik basikal ulangalik gi pekan,kena tahan time rehat - semua ana rasa.budak nakal lah katakan.haha.rotan je belum kena,mungkin sebab ustaz ana yang baik memang takkan merotan.mintanya begitulah.hmm,seorang lagi sahabat masuk,kali ini untuk program Diploma pula.

sebelum pengajian bermula,kami terlebih dahulu telah di-brainwash oleh seniorsenior sewaktu Mafatih Mahabbah.malam ini ketika mendengar kuliah,terngiang kembali katakata salah seorang fasi sewaktu di kem itu: "Kita menghafaz al-Quran ini untuk mendapat keredhaan Allah sahaja! Jangan antum bangga langsung! ,bila sudah bergelar pelajar DQ dan khatam hafazan ini.ingat,sekali kita lupa,azabnya tidak terbayang.mogamoga..kita menjadi pencinta al-Quran yang bukan bersandar kepada tiangtiang masjid,tapi menjadi tiangtiang yang membina masjidmasjid! TAKBIR!!"
*
khayalan terhenti mendengar iqamat sang bilal.usai solat,aku duduk di masjid sekejap.merenung.selama ini, apa niat aku menghafal al-Quran? ya, untuk mengejar redha-Nya..itu aku tahu.tapi pada masa yang sama,aku tak dapat kikis 'keinginan' untuk menarik sepuluh ahli keluarga ku.aku dihujani persoalan.adakah betul aku kejar redha-Nya dan keinginan sebagai pendorong.atau selama ini -dari kecil lagi- aku mengejar keinginan itu dan redha-Nya sebagai pendorong.auzubillah min dzalik.. 

tak tahu pula aku selama ini ada syarat khas rupanya!syarat yang mengatakan, walaupun aku mampu khatam dan jaga,andai keredhaan Allah tiada dalam proses itu maka jangan mimpi nak menarik tangan siapasiapa pun! Rasulullah pun bergantung kepada keredhaan Allah, inikan pula kita!!

ya Allah..ampunkan aku.selama ini aku tersalah niat.ya..memang aku tak berniat untuk membangga diri atau menjadikan diri aku nampak berharga.menaikkan saham,orang kata.aku berniat untuk menarik keluarga ku,kemudian baru berniat untuk mengejar redha-Nya.ku fikir ku betul,tapi hakikatnya aku hanya menempah azab! apa bezanya niat aku ini dengan niatniat lain yang salah.sungguh.. niat menentukan usaha.dengan niat yang berbeza,kesungguhan kita berbeza.kalau niat untuk mencari pasangan hidup,kesungguhan untuk memelihara al-Quran akan terhenti bila sudah bernikah.kalau niat untuk dipuji,awal awal lagi sudah kecundang.kalau niat untuk jadi imam tarawih,nampaknya bulan Ramadhan sahaja la bersungguh hafal.datang syawal,lebur segalagalanya.kalau niat untuk menarik ahli keluarga? belum tentu niat ini benarbenar diredhai.semua orang mampu menghafal,tapi tak semua mampu memelihara.

fikir dan fikir,adakah dengan meletakkan niat macam ini,mampu aku buat Allah redha yang aku juga nak jadi hamlatul Quran? adakah dengan meletak niat begini, Allah akan suka kita lebih mengejar kelebihan yang Dia akan bagi berbanding cinta-Nya sendiri kepada para pemelihara kalam-Nya? aku kejar apa sebenarnya ni..?

hakikatnya, aku wajib meletakkan niat untuk redha-Nya sahaja.tak harus aku mengharapkan apaapa kelebihan.Dia nak bagi atau tidak, terpulang kepada Dia.aku hamba,dan aku hanya boleh meminta yang terbaik.tak boleh mempersoal jika Dia tidak bagi kelebihan itu kepada aku.aku tak harus nak niat mempersoalkan pun 'nanti' andai tak dapat.mesti ada kesalahan yang aku buat tanpa aku sedar.kesalahan niat mungkin..

ya Allah..syukur aku disedari pada malam ini.moga niat ini terus betul.insyaAllah.buat para sahabat seperjuangan,para sahabat yang berada di jalan-Nya,juga para sahabat yang mencintai amalanamalan yang baik..mari kita perbetul niat dalam setiap amalan kita.mogamoga diterima Dia.dan mogamoga diganjari sebagaimana Dia memegang pada janjijanji-Nya.

Orangorang yang Ikhlas,ialah orang yang menyembunyikan kebaikkannya seperti mana ia menyembunyikan kejahatannya.

KEJAR REDHA ALLAH, BUKAN REDHA MANUSIA

ps: kalau ikhlas dalam bersahabat pula bagaimana? fikirfikirkan :)

2 comments :

yuna aziz said...

syukran jazilan aidhan for the post.=)

Sir Dr. Afiq said...

afwan :)