Saturday, July 30, 2011

ramadhan bukan untuk disembah


pejam celik,Ramadhan Kareem yang sekian lamanya meninggalkan kita setahun lalu,datang menziarah kembali.di wajah mereka yang pernah sedih tatkala ia pergi setahun lalu,terukir senyum gembira..

ziarahnya membawa seribu keenakan dan mahabbah bagi mereka yang merinduinya.
ziarahnya menjanjikan ganjaran terhebat berupa nikmat keampunan dan syurga-Nya yang indah.
ziarahnya jua, bisa menjadi titik perubahan buat seorang insan yang selama ini kehilangan dan terkapai dalam mencari erti hidup yang sebenar.

sebelas bulan bekerja mencari rezeki dan menongkah dunia..kini tiba masa untuk berehat sebentar.melepas lelah,mengisi jiwa,menilai kembali prestasi diri setelah setahun ditinggalkan..

bagaimanakah keadaan iman dan roh?
laparkah?
kurus-keringkah?
atau, terus kekenyangan dan gembira hasil tarbiyyah yang diterima kira setahun yang lalu?

bagi mereka yang erti iman tersemat rapi dan kemas dalam dadanya,menjenguknya Ramadhan mengubat rindu akan ibadat sepanjang malam tanpa keluh dan lelah.inilah peluang.inilah masanya! beribadat sepanjang malam,berkhalwat dengan Tuhannya.jika dulu qiamullail sepanjang malam terasa enak,kini keenakan itu bergandaganda.andai dulu puasapuasa sunat terasa nikmat imannya,kini rasa keimanan itu berlipatkali ganda enaknya!

namun harus diingatkan,

Ramadhan bukanlah untuk disembah.seolah-olah bulan ini sahajalah amal ibadat perlu digandakan.dari 1 ramadhan sehinggalah malam ke-30 insyaallah,ibadah-ibadah diperhebat semahunya.tetapi bermulanya Syawal,segala gerak kerja amal ibadat yang dilakukan sepanjang menjadi hambar semula.sama sahaja seperti sebelum tibanya Ramadhan.perut kekenyangan kembali? itu bukan alasan,my brothers and sisters..

iya,memang tidak salah untuk mempertingkatkan amal ibadat sepanjang Ramadhan.bahkan itulah yang sangat sangat dituntut kerana gandaan pahala yang Allah SWT janjikan tiada di mana-mana bulan Islam yang lain.di sinilah segala langkah tapak kaki ke tempat kebaikan dikira,di sinilah segala doa yang dipanjatkan dimakbulkan,d sinilah selama mana kita berpuasa semua makhluk baik di darat,laut mahupun langit mendoakan keampunan buat kita.di sini terdapatnya Lailatul Qadr,terdapatnya 1001 keampunan yang sangat mengasyikkan..

Nah,siapa yang tak mahu? gandaan pahala itu begitu banyak sekali dan syaitan tiada langsung ruang untuk mendorong kita berbuat dosa.rasakan nikmat itu! dan dengan janji-janji yang telah Allah taburkan..siapa yang tidak mahu meyakini-Nya? Allah itu tidak pernah menipu.janji-janji-Nya bukan janji kosong,tapi anugerah yang pasti datang.

tapi,bukankah elok dan baik andai hasil tarbiyyah yang dilalui sepanjang bulan Ramadhan ini dibawa ke bulan-bulan yang lain? Qiamullail setiap dihidupkan setiap malam,al-Quran dikhatamkan paling kurang sekali dalam sebulan..insyaallah boleh.kalau di bulan Ramadhan kita boleh peruntukkan masa antara Maghrib dan Isya,kemudian sambung lagi selepas Isya' untuk bertadarus alQuran..mengapa kita perlu isikan masa yang ada selepas solat Maghrib dan Isya' untuk menonton televisyen,jalan-jalan kat malls dan sebagainya?


mengapa, pengurusan masa kita di bulan Ramadhan boleh jadi begitu hebat,sehingga mampu memuatkan berbagai-bagai jenis amal ibadat dalam sehari meskipun masih sibuk dengan kerjakerja di pejabat?sedangkan di bulan-bulan lain terasa seolah-olah tak cukup masa pula.tiba-tiba sahaja,tiada masa nak baca alQuran walau satu muka sehari.tiba-tiba sahaja,beriktikaf sekejap di masjid,menghabiskan zikir Fatimah terasa sangat lama.tiba-tiba sahaja,tazkirah terasa tidak perlu didengari..? ketara sangatkah kesibukan di bulan-bulan lain berbanding Ramadhan?


nauzubillah.. mana perginya hasil didikan Ramadhan sebelum ini?
jangan terkumat-kamit mencari jawapan andai ini yang ditanya tika di Mahsyar nanti.mungkin,Ramadhan ini jugalah yang mampu membantu kita nanti..

dear sahabats,my brothers and sisters..
bukanlah matlamat Ramadhan ini didatangkan untuk kita memperhebat amal ibadat di bulan ini sahaja.Allah menganugerahkan Ramadhan kepada ummat Nabi Muhammad adalah untuk kita 'recharge' semula bateri roh kita.untuk kita hidupkan semula jiwa yang sudah lesu.kita berpuasa,agar dilupakan sebentar keperluan terhadap makanan.agar kita lebih diingatkan untuk beramal ibadat.bila hati tidak jumpa makanan untuk tubuh badan,maka ia mencari makanan untuk roh.dan sungguh,makanan untuk roh adalah kelaparan.dengan berlapar,kita lebih mudah untuk melakukan amal ibadat bukan?

jadi, mengapa kita tidak menjadikan madrasah tarbiyyah kali ini,sebagai 'preparatory program' untuk menempuh bulan-bulan di hadapan? jadual kita terubah di bulan Ramadhan,dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti keagamaan sepanjang hari.maka cuba serapkan pula jadual ini kepada hari-hari yang akan mendatang insyaAllah.moga-moga Ramadhan kali ini memberi kelainan kepada kita.moga-moga, jiwa dan hati-hati yang merindu Tuhannya terus merindu dan menanti saat pertemuan dengan Kekasih Agung.

sungguh,bagi kalian yang benar-benar ingin berusaha merebut kasih Dia selama ini..telah tiba satu tempoh yang sangat berharga dan istimewa buat anda.mari,beribadatlah sebanyak mana yang anda mampu,dan teruskan ia!

Ramadhan bukanlah untuk disembah, tetapi untuk kita ditarbiyyah agar lebih hebat dalam beribadat sepanjang tahun. Selamat menjalani pentarbiyyahan. :)

AHLAN AHLAN YA RAMADHAN  (^∇^)

2 comments :

krolrijal said...

assalamualaikum..
afiq..how r u?
i miss u alot..:P
i hope u will get 30 juz in your heart..
please pray for me to get strong in other country..
thanks for being my frens..:)

syazwani:) said...

salam afiq,
ana copy post anta ni ye , bg kwn2 ana bace , asif xtanye dulu .