Tuesday, October 18, 2011

cita,citra dan cinta




:) bismillahirrahmanirrahim


kini masa sudah menginjak ke sebuah musim, berhijrahnya sahabatsahabat yang dahulu sibuk membuat persiapan pengajian ke Asia Barat mahupun Eropah. temanteman sekelas kebanyakannya, ramai yang memilih menyambung pengajian perubatan ke Asia Barat. hazmi al-wafi, amirul izwan, muhammad yusri, asyrul naemi, nur liyana aziz - alhamdulillah sudah di sana. bakalbakal doktor siraman berkat ardul kinanah. farhan taufiq pula di france. wan hasif, nublan, fazriq, mujaddidi, amalina - masih lagi membuat persiapan. azfar tercampak ke USA, mengejar cita 'chemenger'nya itu. dan juga sahabatsahabat lain yang tak mampu ana titipkan kesemuanya dalam ruang yang terhad ini. impian yang dahulunya tertulis atas kertas,diselitkan bawah plastik meja kat kelas - kini semua dah setapak lagi ke arahnya. tahniah para sahabat!

manis, mengenang kembali memori berjalanjalan di setiap meja kawankawan seluruh batch sebab nak tengok citacita mereka. alhamdulillah dan tahniah buat semuanya :) maaf kalau dianggap menceroboh privasi.hehe...

temanteman lain, harith huzainee di mesir. muhammad iqbal jua. sahabatsahabat Darul Quran, kini ada yang sudah membawa haluan masingmasing di luar sana terlebih dahulu. abbas di intec, persiapan medik ke ireland. adib mukhtar, persiapan dua tahun ke UK dalam jurusan Ekonomi, tajaan BNM. aslam, persiapan medik ke UK. sasaran, university of oxford. moga berjaya! suffian awang yang kini sudah di mesir, ditaja yayasan terengganu. Dr khairul anuar sekarang pula tengah sibuk dengan salju Rusia. dulu sibuk call prebet nak balik tiaptiap hujung minggu :P

melihat kepada mereka, ana tersenyum sendiri. teringat waktu pergi temuduga mara haritu. bermain dengan spaghetti..(membazir sungguh)

Cita

usaha dan takdir. tak terpisah keduanya. sinergi. ya, takdir sudah ditetapkan. tapi kita sentiasa boleh usahakan takdir yang baik bukan? masih ingat lagi bila mendapat tahu berita itu daripada seorang sahabat. persiapan semuanya dibuat. malamnya bersengkang mata, esoknya ditemuduga. alhamdulillah, semua lancar. Dia izinkan, ana ditawar untuk buat persiapan IB di Kolej Mara Banting. sasaran, perubatan ke eropah. ana cukup yakin strategi ana yang dirangka berbulanbulan sebelum memohon dengan MARA akan berjalan lancar. minta tangguh, kemudian baru pergi preparation. terlambat sikit tak menjadi masalah bagi ana.

namun di sini Dia menampakkan siapa planner yang terbaik. this was when everything took a twist. i was too late-informed. the change of policy was completely unbeknownst to me. if i'd known earlier, perhaps a different strategy could be adopted. but then..it was too late.

*dalam Islam, adalah sesuatu yang ditegah untuk mengeluh akan sesuatu dengan mengatakan 'kalaulah aku tak buat macam tu, mesti tak jadi macam ni..' * :)

siang malam ana fikir (gaya macam fikir masalah terbesar negara je.haha), pergi IB atau kekal DQ. IB,DQ. diulangulang. makan IB,minum DQ.. baju IB,seluar DQ.. nasi IB,lauk DQ.. bangun IB,tidur DQ.. (suami IB,isteri DQ..ceh takde la haha.malu) dahsyat sungguh ana ni. benda kecil je pun. istikharah, pendapat kawankawan, cikgucikgu, tanyalah ustaz.. semua dibuat, semua dicari. akhirnya malam tu, jawapan dibuat. IB ditolak. ana akan teruskan perjuangan di DQ. tekad! berat? tipu kalau ana kata tiada walau secebis pun. tapi pesan Mak tersemat kemas dalam hati: "Kita tak nampak apa yang Allah nampak fiq..teruskan DQ, mak doakan yang terbaik."

doa ibu. sangat mustajab. tapi yang lebih penting di sebalik katakata tu, harapan seorang mak dan abah. nak lihat ada 'penjaga' dalam keluarga. nah, Allah buka peluang untuk ana balas jasa lebih awal. mana tahu nanti..

awalawal memang ok. tapi bila tengok sahabatsahabat mula packing barang. hantar pergi airport. goyah pula..aiseh. patut pakai blindfold je time tu. tibatiba jadi allergic kalau ada yang buka diskusi tentang flyfly. nak lari jauhjauh. kalau tak, ada je soalansoalan haru macam 'eh anta bukan nak fly ke?'. ada pula yang tanya,'kata boleh dapat tangguh?', beritahu je la apa yang ana tahu. yang paling tak tahan,'bila nak blah?' amboi..baling durian kang. haha.

*salah satu perkara yang ana akan rindu di DQ adalah, diskusidiskusi ilmiah yang sangat dibudayakan di sini* :)

tapi ana bersyukur. sangat bersyukur. ada sahabatsahabat yang meniupkan semangat di kala down kerana terasa beratnya beban di bahu. yang menyokong dari dekat mahupun jauh. yang sentiasa mendoakan.. masykuran. felt better than before. jazakallah. :)

Citra

"La takhaf wa la tahzan akh :) anta tak tersalah pilih jalan. kalau kita mahukan semua kehendak hati, takkan tercapai setiap satu."
030811

menyesal? tak. ana tak pernah menyesal. bahkan sangat bersyukur. kenapa? kerana ana yakin ada sebab perjalanan ana diatur sebegini rupa. dan ana tahu, ana akan nampak sebab itu suatu hari nanti. ada sebab kenapa polisi berubah. ada sebab kenapa ana tahu lambat. ada sebab kenapa hati ana dulu berat mengatakan untuk memohon mara.

aturan.

Dia mahu ana teruskan. Dia mahu ana terus belajar mengenal diri. sebelum masuk ke sini, ana pernah diberitahu, that it'd be the turning point of my life. insyaallah. it would. mungkin ada perkara yang ana takkan dapat di ireland tu, ana akan dapat nanti di tempat lain. mungkin sini tempatnya. ana redha. dan kerana berada di sini juga, ana terus belajar banyak perkara. setiap detik mengutip ibrah. dari perkara dan sahabat yang berada di sekeliling. dari sahabat yang di dalam dan luar penglihatan. dari sahabat yang ada di dalam doa sentiasa. ada sebabnya. ada..

kini sudah hampir penghujung semester kedua. tinggal lagi lebih kurang lapan bulan sahaja lagi. imtihan kedua bakal tiba tak lama lagi. 14 oktober insyaallah. pohon doadoanya. sebelah hati tak sabar nak tamat, sebelah lagi takut. ada cabaran baru yang bakal menanti. mak dan abah pula sudah mula merancang. where im heading next. mesir cadangan ter'hot', mendapat sokongan padu dari kakak yang terlebih dulu dah fikir nak jalanjalan. haish. laju benor bab jalan ni. sebenarnya, kalau nak diikutkan, ada lagi dua kes seperti ana di sini. mereka juga buat perancangan baru. doakan semuanya berjalan lancar ya. kalau tak dapat di sana, uiam pun ok. dekat dengan family. duadua ada baiknya. :)

ada satu sebab kenapa hati ana dulu boleh kuat menolak IB, meskipun citacita ke eropah ana sudah simpan lama dah. malam sebelumnya sebelum tidur, ana teringat satu janji ana dengan mak ana lima tahun lalu. ana pernah berjanji sebelum masuk ke smapk dari smtaq, ana akan habiskan hafazan. ya Allah..Dia simpankan memori ini sehingga ke malam itu. ada sebabnya. ada..

hikmahnya? teguran dari Dia. ingatlah setiap janji yang pernah diungkap dan dibuat. kotakannya. :)

ya, kalau nak ikutkan kehendak hati, mengikut citra, takkan tercapai semuanya. kita manusia. punya nafsu yag takkan pernah puas. akal sahaja yang mampu tundukkan. ini baru buka bab citacita yang hakikatnya jauh lagi perjalanannya. secebis dari ujian kehidupan. kehidupan itu sendiri merupakan satu ujian. jalannya berliku, jalannya jauh. jodoh, rezeki, ajal, semuanya akan ditempuh. tapi ingat, tujuan kita hanya satu. Dia, Dia dan Dia.

"Kuatkan diri,cekalkan hati,afiq."

Cinta

ana tahu mana arah tuju ana selepas ini. segalanya sudah dioutline. jalannya alhamdulillah, mudah lagi setakat ini. itu perancangan terdekat. andai ada perlu diubah, ana sedia. andai ada yang tak menjadi, ana redha. yang pasti. segalanya kerana Dia cintakan hamba-Nya.

kita hanya mampu merancang bukan? hakikatnya Dia lebih tahu. apa yang terbaik. siapa, bila, di mana, bagaimana. dalam apaapa urusan jua sekalipun. hanya kita sahaja yang perlu berlapang dada dengan setiap yang mendatang dari Dia. ya, ia sukar pada awalnya. tapi yang sukar itulah mungkin yang terbaik tanpa kita sedari. insyaallah.

terima kasih buat sahabat yang pernah mendoakan sewaktu temuduga dahulu. ana doakan kalian berjaya juga.
terima kasih juga buat sahabat yang meniupkan semangat ana. katakata mu itu akan terus diingati.

ya Allah, berikanlah kekuatan, kesabaran, dan ketenangan dari sisi-Mu.
merancanglah. kerana konsep usaha dan takdir itu perlu dierti.
namun perancangan kita takkan pernah yang terbaik. only His.

HAVE FAITH :)

"sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari qiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim. dan tidak seorang pun yang mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok. dan tidak ada seorang pun yang dapat tahu di bumi mana dia akan mati. sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal."
- Luqman : 34

ps: dengarkan,Sahabat by Devotees :)

Saturday, October 15, 2011

gelora

:) bismillahirrahmanirrahim.

ujian datang tidak terduga. namun janji-Nya tetap sama, untuk terus setia di sisi.
nikmat yang datang juga, kadangkala tidak pernah diduga. namun, janji-Nya jua masih sama: adalah Dia akan menguji keikhlasan diri.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ‘Kami telah beriman,’ dan mereka tidak diuji?”
- alAnkabut : 2

ana akui, diri ini yang masih belajar kadang teruji dengan tekanan luar dan dalam yang menuntut kesabaran dan kekuatan. sebenarnya, di manamana jua keberadaan kita di atas muka bumi ini, akan datang tekanan yang pelbagai bentuk dan ragam. setiap orang, lain jenis tekanan yang dihadapinya. namun sejauh mana berbezanya setiap tekanan itu dengan yang lain, mereka tetap datang dari sumber yang sama. Dia.

ya, Dia menegur. ya, Dia memerhati. memerhati insan yang sedang dirudung resah. memerhati insan yang sedar lalu pergi mencari Dia. mendengar setiap doa yang dipanjatkan. di sebalik segala ujian yang mendatang, samada yang terzahir atau tak, hanya ada satu perkara yang Dia nak kita tahu..

that everything happens for a reason.

have u smiled today? 

di mata manusia, kita kelihatan ok. baik sahaja. sentiasa tersenyum dengan manis. namun gelodak di dalam, hanya Tuhan yang tahu penyelesaiannya. yalah, hidup orang beriman, akan sentiasa teruji. mana mungkin akan sunyi sahaja. makin beriman, makin tinggi ujiannya. lepas ujian itu, akan datang yang lagi berat. namun percayalah, semuanya kita mampu tanggung. ana yakin kalian sudah arif dengan ayat ini: Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya.

di posisi kalian, mungkin ujiannya begitu dan begitu. namun di posisi ana, berbeza. begini dan begini. jujur, ana masih banyak perlu belajar dan akan terus belajar akan Kehidupan.

Ujian

ada yang datangnya, sudah dijangka. namun kadang terfikir juga adakah diri ini sudah cukup kuat untuk menanggung beban Quran itu. title, tak penting. bahkan menakutkan lagi ada. ada yang datang, tibatiba.tak terjangka. yang buatkan ana terduduk dan terdiam. fikir dan fikir. senyum tetap mesti. tapi hati terus berdoa pohon dari al-Qawwiy.

ada pula, terlalu peribadi yang hanya ana dan Dia sahaja tahu. anggapan mereka ‘begitu’, namun kebenarannya  ‘begini’. biarlah..mereka tak perlu tahu..

Hati

yup, jagalah hati. jika dulu diulangulang. sekarang juga perlu terus diulang. bezanya hati seorang mu’min dengan hati seorang munafik, dia hanya punya satu hati. hati yang berdegup ke arah kebaikan. hati yang apabila dia melakukan kesalahan, rasa sangat bersalah. sangat. itu hati mu’min.

hati munafiq, seolah terbahagi dua. di sebelah menyuruh, di sebelah lagi melarang. apabila pernah golongan ini mengatakan Rasulullah berhati dua, maka Allah bidas mereka:

“ Tidaklah Allah menciptakan untuk seseorang itu dua hati di dalam rongganya..”
-al Ahzab : 4
[riwayat atTabari]

carilah kembali hati mu’min kita kala bersedih. selak kekasih setia yang menunggu di atas rehal tu, baca. berat tak berat, lain cerita. pick saja apaapa surah (ana syorkan surah arRahman,sangat menenangkan) lalu baca dan terus baca, saaaampai hati sayu. sampai menitis air mata.. maka ketika itu, rasakanlah sendiri manisnya iman :)

my dear sahabat,
la tahzan.
Dia ada, Dia setia.
percayalah :)

“Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, nescaya Allah timpakan ujian buatnya.”

ps: bila kena jadi bidan terjun buat kerja luar alam depan orang ramai nanti, memang ada rasa nak terjun tasik :P