Saturday, October 15, 2011

gelora

:) bismillahirrahmanirrahim.

ujian datang tidak terduga. namun janji-Nya tetap sama, untuk terus setia di sisi.
nikmat yang datang juga, kadangkala tidak pernah diduga. namun, janji-Nya jua masih sama: adalah Dia akan menguji keikhlasan diri.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ‘Kami telah beriman,’ dan mereka tidak diuji?”
- alAnkabut : 2

ana akui, diri ini yang masih belajar kadang teruji dengan tekanan luar dan dalam yang menuntut kesabaran dan kekuatan. sebenarnya, di manamana jua keberadaan kita di atas muka bumi ini, akan datang tekanan yang pelbagai bentuk dan ragam. setiap orang, lain jenis tekanan yang dihadapinya. namun sejauh mana berbezanya setiap tekanan itu dengan yang lain, mereka tetap datang dari sumber yang sama. Dia.

ya, Dia menegur. ya, Dia memerhati. memerhati insan yang sedang dirudung resah. memerhati insan yang sedar lalu pergi mencari Dia. mendengar setiap doa yang dipanjatkan. di sebalik segala ujian yang mendatang, samada yang terzahir atau tak, hanya ada satu perkara yang Dia nak kita tahu..

that everything happens for a reason.

have u smiled today? 

di mata manusia, kita kelihatan ok. baik sahaja. sentiasa tersenyum dengan manis. namun gelodak di dalam, hanya Tuhan yang tahu penyelesaiannya. yalah, hidup orang beriman, akan sentiasa teruji. mana mungkin akan sunyi sahaja. makin beriman, makin tinggi ujiannya. lepas ujian itu, akan datang yang lagi berat. namun percayalah, semuanya kita mampu tanggung. ana yakin kalian sudah arif dengan ayat ini: Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya.

di posisi kalian, mungkin ujiannya begitu dan begitu. namun di posisi ana, berbeza. begini dan begini. jujur, ana masih banyak perlu belajar dan akan terus belajar akan Kehidupan.

Ujian

ada yang datangnya, sudah dijangka. namun kadang terfikir juga adakah diri ini sudah cukup kuat untuk menanggung beban Quran itu. title, tak penting. bahkan menakutkan lagi ada. ada yang datang, tibatiba.tak terjangka. yang buatkan ana terduduk dan terdiam. fikir dan fikir. senyum tetap mesti. tapi hati terus berdoa pohon dari al-Qawwiy.

ada pula, terlalu peribadi yang hanya ana dan Dia sahaja tahu. anggapan mereka ‘begitu’, namun kebenarannya  ‘begini’. biarlah..mereka tak perlu tahu..

Hati

yup, jagalah hati. jika dulu diulangulang. sekarang juga perlu terus diulang. bezanya hati seorang mu’min dengan hati seorang munafik, dia hanya punya satu hati. hati yang berdegup ke arah kebaikan. hati yang apabila dia melakukan kesalahan, rasa sangat bersalah. sangat. itu hati mu’min.

hati munafiq, seolah terbahagi dua. di sebelah menyuruh, di sebelah lagi melarang. apabila pernah golongan ini mengatakan Rasulullah berhati dua, maka Allah bidas mereka:

“ Tidaklah Allah menciptakan untuk seseorang itu dua hati di dalam rongganya..”
-al Ahzab : 4
[riwayat atTabari]

carilah kembali hati mu’min kita kala bersedih. selak kekasih setia yang menunggu di atas rehal tu, baca. berat tak berat, lain cerita. pick saja apaapa surah (ana syorkan surah arRahman,sangat menenangkan) lalu baca dan terus baca, saaaampai hati sayu. sampai menitis air mata.. maka ketika itu, rasakanlah sendiri manisnya iman :)

my dear sahabat,
la tahzan.
Dia ada, Dia setia.
percayalah :)

“Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, nescaya Allah timpakan ujian buatnya.”

ps: bila kena jadi bidan terjun buat kerja luar alam depan orang ramai nanti, memang ada rasa nak terjun tasik :P

2 comments:

Izzati Hashim said...

Hidup ini satu ujian, dan ujian itu akan sentiasa ada, kan?

Moga Allah terus beri kekuatan untuk mengubah apa yang boleh diubah, memberi semangat untuk menerima sesuatu dengan hati yang redha. Amin Ya Rabb.

p/s : harap-harap bolehlah berenang kalau nak terjun dalam tasik yer (=

AFIQFAKHRI said...

ujian itu adalah nikmat. dan nikmat itu juga adalah satu ujian. moga dari ujianujian itu, kita jadi hamba yang semakin redha.

ps: insyaallah boleh, pelampung ada disediakan :)