Tuesday, December 13, 2011

Cinta Sebenar

Bismillahirrahmanirrahim.

Mari bicara soal hati. Dari mana ia datang, ke mana ia akan pergi..mahu?

Lumrah alam, segala yang diciptakan Tuhan datangnya bersebab, berperanan. Sebagai makhluk, labelnya adalah hamba. Dan setiap yang memiliki label itu, baik manusia, jin, binatang, mahupun alam, ada tugas masing-masing. Ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Apabila selesai tugasan-tugasan itu, mereka kembali kepada Tuhan mereka. Kenapa? Duty done.

Cuba perhatikan golongan yang bekerja. Contoh, kita ambil yang bekerja di pejabat. Di awal pagi, seawal 6 atau 5 pagi, mereka keluar dari rumah dan bergerak terus ke tempat kerja. Sepanjang hari, ibadah kerja yang dilakukan demi tanggungjawab, demi amanah, demi Tuhan, dilaksanakan sebaik mungkin agar tercapai matlamat asal sebelum keluar. Agar rezeki yang dicari menemu redha dan berkat. Tepat 5 petang, tugas sudah selesai bukan? Ya. Jadi ke mana golongan kerja ini pergi? Pulang. Pulang ke rumah, berjumpa ahli keluarga, rehat, berukhuwah. Well, mungkin ada yang ke tempat lain kerana urusan lain dan sebagainya. Tapi, ketepikan itu dari soal ini dan fokus pada perbincangan utamanya. Pokoknya, kita akan pulang, secara naluri, ke tempat dari mana kita datang.

Buka mata hati, dan perhati.

Rintik hujan yang basah jatuh ke tanah di bawah, keringnya ia, ke mana selepas itu? Atas bukan?

Pucuk pohon yang membesar dan menghijau, julangnya tinggi ke langit. Namun bila sudah tiba masa untuk mencambah zuriatnya, ke mana anak-anak itu pergi? Tanah bukan?

Anak kecil yang sedang menangis, siapakah yang dicarinya? Ibunya bukan?

Begitu juga dengan jiwa kita. Hati kita.
Siapakah penciptanya? Allah.
Dari mana ia datang? Allah.
Siapa yang letakkan hati itu dalam rongga di dada kita? Allah.

Jadi,siapa yang lebih tahu tentang hati kita?
Segala persoalan di dalamnya?
Segala rasa di dalamnya?
Jawabnya Dia, Allah.

Setiap hati yang pernah wujud dalam setiap manusia, seawal datuk kita Adam AS hingga manusia terakhir dilahirkan, adalah di bawah penguasaan Dia. Not less, not missed. Dia yang pegang hati-hati itu. Dan dia tahu setiap getar, setiap rasa, dan setiap doa yang datang dari hati itu. Bukan Dia tak tahu. Dia tahu. Bahkan Dia tahu juga apa yang bakal digetarkan lagi oleh hati itu. Dia tahu juga, apa yang bakal diniatkan hati itu.

Sebab itulah Perancang Terbaik juga dalam asmaa-Nya.

Kerana terlebih dahulu segalanya Dia dah tahu. Pelan tindakan sudah ada dengan Dia. Segala rahsia, terucap ataupun tidak, terdetik ataupun belum, semuanya Dia dah tahu. Kita memang takkan boleh lari. Tapi adakah itu bermakna kita tiada langsung kawalan ke atas hati sendiri? Tak.

HATI YANG MEMBIMBING

Ada sebab kenapa para Utusan dihantar membawa risalah yang benar (bukan Utusan Melayu ya). Ada sebab kenapa panduan-panduanNya diturunkan. Ada sebab kenapa kita dianjurkan untuk mendekatkan Hati dengan Dia. Semua itu adalah untuk membimbing hati. Bimbingnya ke arah kebaikan. Membuat pilihan yang menghala ke syurga, bukan ke neraka. Ingat, bukan akal yang membuat pilihan. Bukan nafsu yang membuat pilihan. Tapi biarlah pilihan itu dari hati yang dekat dengan Dia, bersandarkan Dia yang dekat dengan hati.

Siapa kata kita tidak boleh mengubah takdir? Kita bukan Qadariyyah dengan 'free-will' mereka itu, yang segalanya bergantung kepada diri sendiri seratus peratus. Kita bukan Jabariyyah yang segalanya bergantung kepada Allah semata-mata, umpama 'puppet in a puppet-show'. Kita Wasatiyyah, yang setiap tindakan kita diberi kuasa dan pilihan ke atas kita untuk bertindak, tetapi masih bergantung hasilnya kepada Dia. Yang kata 'kun' bukan kita, tapi Dia. Usaha, kita. Hasil, Dia. (ruj: alBaqarah-143)

Tidak mahu ekstrem tidak bermakna boleh terlampau 'effortless'. Tidak mahu yang 'effortless' tidak bermakna boleh bebas buat apa sahaja. Ya. Usaha 'all out', tapi biarlah pagarnya bersyariat.

Namun adakah ini bermakna dalam berdoa dan bertawakal, kita harus bersikap sederhana dan tidak bersungguh? Siapa kata? Dalam doalah kita panjatkan sungguh-sungguh. Dalam tawakallah kita bertawakal sungguh-sungguh. Provided, usaha 'all out' dah buat sebaiknya. Keyakinan kena tinggi, tapi bukan sampai ke tahap kita bongkak dengan yakin sangat-sangat doa kita akan dimakbulkan. Kita bukan wali, apatah lagi nabi. Jangan 'overconfident'. Ada beza antara 'mencorak takdir' dan 'menentu takdir'. Jangan risau..kita akan dapat takdir yang terbaik punya.. Allah bagi pulak tu :)

HATI YANG MENCARI

Pernah tak terasa, walau seketika, yang hati kita seolah-olah hanya kembali kepada Dia saat hati itu terluka, sedih dan pilu?
Suatu ketika, yang bila kita "seakan" ingat Dia dalam solat tapi bila terkena ujian, baru kita "betul-betul" ingat Dia? Saat itu.
Sejujurnya, pernah tak rasa?

Saya akui. Saya pernah rasa saat itu. Pernah lalui saat itu. Terkena ujian itu, memanglah pedih. Tapi pedihnya lagi terasa bila mengenangkan, "apa dah jadi dengan aku masa tu?" Rasa sakit. Tapi ada ubatnya. Bukankah fitrah iman manusia, ada naiknya, ada turunnya? Kita mudah leka dengan nikmat Tuhan, tapi kita cepat terasa dengan 'ketukan iman'. Tapi ingat, hadith itu bukanlah alasan untuk menjadi pelapik buat kita apabila sudah jatuh terjelepok di hadapan seluruh manusia kelak. Tapi hadith itulah yang dikatakan peringatan, untuk berbuat kebaikan. Islam itu datang dengan dua cara: Basyiiran wa Nadziiraa. Berita gembira dan peringatan. Dalam konteks ini, fitrah iman bukanlah berita gembira. Tetapi peringatan.

Jangan sampai hati mati dengan kelekaan duniawi. Hibur sana, hibur sini. Bila hati dah menangis teresak-esak sebab Allah ketuk lagi, baru nak cari Dia. Tak tahu malukah?
Allah..pedihnya ayat..

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Rasulullah SAW yang tercinta, beliau bersabda: Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama.
[Shahih Muslim no.5317]

Setiap dari kita mahukan kebaikan kan. Jangan berputus-asa mencari kebaikan. Kadang tu, terasa nak putus asa pun ada. Tapi sebenarnya itu semua ujian Dia. Nak tengok kita bersungguh ke tak dalam doa kita. In other words, do we really mean them? Atau waktu kita berdoa tu, tiba-tiba terdetik dalam hati: Ya Allah makbulkanlah cepat, supaya tak payah la aku bersusah-payah lagi.' Nauzubillah..

Hati ini yang mencari akan dekat juga akhirnya. Hati ini yang ingin pulang akan sampai juga ke 'rumahnya'. Yang wajar ditanya diri sendiri, adakah hati ini 'tercari-cari'? Jagalah hati, kerana di situ jatuhnya pandangan Ilahi.
Moga Allah redha.

Engkau sembunyikan salah engkau dari manusia.
Tapi engkau datang kepada Aku penuh dosa.

The heart will always finds its way back home.
It came from Him, and unto Him will it come back.


 :)

Monday, December 5, 2011

teguran sang nabi


suatu ketika, seorang sahabat Khawwat RA pergi bermusafir ke suatu tempat di Yaman bersama Nabi Muhammad SAW. khemah yang diduduki Khawwat betul-betul bersebelahan khemah Rasulullah. apabila baginda keluar dari khemah, Khawwat juga ikut keluar. namun ketika berada di luar khemah, mata Khawwat ternampak sekumpulan wanita Arab yang cantik-cantik. dia segera masuk semula ke dalam khemah untuk bertukar kepada persalinan yang lebih cantik dan keluar semula. dia segera masuk dan duduk bersama-sama kumpulan wanita Arab itu tadi.

apabila Rasulullah ternampak Khawwat bersama kumpulan wanita itu, baginda segera mampir.

“ya Khawwat, apa yang engkau buat di situ?”

terkejut dengan kehadiran Rasulullah, Khawwat gelisah. terkocoh-kocoh dia menjawab, “ya Rasulullah, aku sedang mencari tali tambatan untuk untaku. Dia tidak duduk diam.”

tanpa berkata apa-apa, baginda tersenyum kepada Khawwat lalu beredar. namun, setiap kali beginda terserempak dengan Khawwat, baginda akan bertanya, “apa cerita untamu yang tidak duduk diam tu?” keadaan ini berulangulang. setiap kali baginda ternampak Khawwat, soalan yang sama akan ditanya. Khawwat berasa sangat malu dengan Rasulullah. lalu dia mengambil keputusan untuk pulang ke Madinah terlebih dahulu.

beberapa waktu selepas itu, sewaktu di Masjid Nabawi, Khawwat solat di suatu sudut. dekat dengan bahagian masjid yang berhampiran dengan rumah baginda Rasulullah. kita tahu bukan, bahawa kedudukan rumah baginda ketika itu, dindingnya hampir dengan dinding Masjid Nabawi. baik. tika itu, Rasulullah juga ada di Masjid Nabawi dan hendak pulang ke rumahnya apabila, baginda ternampak Khawwat sedang solat. Baginda duduk, dengan niat untuk menunggu Khawwat menghabiskan solatnya.

Khawwat perasan Rasulullah ada di situ, seolah-olah menunggunya. dek malu yang masih ada, terdetik dalam hatinya, “ah, baik aku panjangkan solat aku ni. biar panjang, jadi Rasulullah boleh beredar terus.”

Rasulullah dapat mengagak, yang Khawwat sengaja memanjangkan solatnya. Baginda bersabda, “ya Abdillah, aku akan terus tunggu di sini sehingga engkau menyelesaikan solatmu.”

bila Khawwat terdengar kata-kata Nabi itu, dia membatalkan niatnya dan terus menyelesaikan solatnya. selesai sudah, Rasulullah dihampiri. kepalanya tertunduk, malu. Rasulullah bertanya, “ya Abdillah, apa cerita untamu yang tidak duduk diam itu?”

tahulah Khawwat, bahawa dia sudah tidak dapat lari lagi. Rasulullah memang sengaja bertanya begitu. lalu dijawab, “ya Rasulullah, sesungguhnya sejak Islam, untaku sangat patuh kepada ku.”

jelaslah bahawa kisah tali unta itu hanya alasan..
menitis airmata Khawwat..

Rasulullah tersenyum, lalu baginda bersabda: “moga Allah merahmati mu.” (rahimakallah)

 *

kisahnya simple sahaja. tapi lihat, kebesaran baginda jelas terpapar. bagaimana baginda menegur si sahabat yang melakukan kesilapan.

adakah beginda menghukum?
adakah baginda membentang halalharam dengan panjang lebar?

tidak. hanya dengan dua perkataan sahaja.

‘unta’ dan ‘duduk diam’.

baginda tidak menyisih. tidak menghukum. tidak melabel.
tapi baginda melindungi sahabat itu. melindungi maruahnya, melindungi silapnya.
biar sahabat itu sedar sendiri silapnya.

seorang sahabat.. tetap manusia.ada silapnya.

tegurlah,
supaya dia sedar.
berlembutlah,
agar dia terima,
agar dia bertaubat.

kembali pada Tuhannya.

Dan telah dicipta manusia itu, berkeadaan dhaif.
- anNisa : 28