Monday, December 5, 2011

teguran sang nabi


suatu ketika, seorang sahabat Khawwat RA pergi bermusafir ke suatu tempat di Yaman bersama Nabi Muhammad SAW. khemah yang diduduki Khawwat betul-betul bersebelahan khemah Rasulullah. apabila baginda keluar dari khemah, Khawwat juga ikut keluar. namun ketika berada di luar khemah, mata Khawwat ternampak sekumpulan wanita Arab yang cantik-cantik. dia segera masuk semula ke dalam khemah untuk bertukar kepada persalinan yang lebih cantik dan keluar semula. dia segera masuk dan duduk bersama-sama kumpulan wanita Arab itu tadi.

apabila Rasulullah ternampak Khawwat bersama kumpulan wanita itu, baginda segera mampir.

“ya Khawwat, apa yang engkau buat di situ?”

terkejut dengan kehadiran Rasulullah, Khawwat gelisah. terkocoh-kocoh dia menjawab, “ya Rasulullah, aku sedang mencari tali tambatan untuk untaku. Dia tidak duduk diam.”

tanpa berkata apa-apa, baginda tersenyum kepada Khawwat lalu beredar. namun, setiap kali beginda terserempak dengan Khawwat, baginda akan bertanya, “apa cerita untamu yang tidak duduk diam tu?” keadaan ini berulangulang. setiap kali baginda ternampak Khawwat, soalan yang sama akan ditanya. Khawwat berasa sangat malu dengan Rasulullah. lalu dia mengambil keputusan untuk pulang ke Madinah terlebih dahulu.

beberapa waktu selepas itu, sewaktu di Masjid Nabawi, Khawwat solat di suatu sudut. dekat dengan bahagian masjid yang berhampiran dengan rumah baginda Rasulullah. kita tahu bukan, bahawa kedudukan rumah baginda ketika itu, dindingnya hampir dengan dinding Masjid Nabawi. baik. tika itu, Rasulullah juga ada di Masjid Nabawi dan hendak pulang ke rumahnya apabila, baginda ternampak Khawwat sedang solat. Baginda duduk, dengan niat untuk menunggu Khawwat menghabiskan solatnya.

Khawwat perasan Rasulullah ada di situ, seolah-olah menunggunya. dek malu yang masih ada, terdetik dalam hatinya, “ah, baik aku panjangkan solat aku ni. biar panjang, jadi Rasulullah boleh beredar terus.”

Rasulullah dapat mengagak, yang Khawwat sengaja memanjangkan solatnya. Baginda bersabda, “ya Abdillah, aku akan terus tunggu di sini sehingga engkau menyelesaikan solatmu.”

bila Khawwat terdengar kata-kata Nabi itu, dia membatalkan niatnya dan terus menyelesaikan solatnya. selesai sudah, Rasulullah dihampiri. kepalanya tertunduk, malu. Rasulullah bertanya, “ya Abdillah, apa cerita untamu yang tidak duduk diam itu?”

tahulah Khawwat, bahawa dia sudah tidak dapat lari lagi. Rasulullah memang sengaja bertanya begitu. lalu dijawab, “ya Rasulullah, sesungguhnya sejak Islam, untaku sangat patuh kepada ku.”

jelaslah bahawa kisah tali unta itu hanya alasan..
menitis airmata Khawwat..

Rasulullah tersenyum, lalu baginda bersabda: “moga Allah merahmati mu.” (rahimakallah)

 *

kisahnya simple sahaja. tapi lihat, kebesaran baginda jelas terpapar. bagaimana baginda menegur si sahabat yang melakukan kesilapan.

adakah beginda menghukum?
adakah baginda membentang halalharam dengan panjang lebar?

tidak. hanya dengan dua perkataan sahaja.

‘unta’ dan ‘duduk diam’.

baginda tidak menyisih. tidak menghukum. tidak melabel.
tapi baginda melindungi sahabat itu. melindungi maruahnya, melindungi silapnya.
biar sahabat itu sedar sendiri silapnya.

seorang sahabat.. tetap manusia.ada silapnya.

tegurlah,
supaya dia sedar.
berlembutlah,
agar dia terima,
agar dia bertaubat.

kembali pada Tuhannya.

Dan telah dicipta manusia itu, berkeadaan dhaif.
- anNisa : 28

5 comments:

Izzati said...

Dakwah itu kreatif.

Soffeatul Raunaqiah said...

hahaha.cutelah cerita ni.! thanks for sharing!

.izzatzaid. said...

thank you

Nur Zaheera said...

mohon share. :)

AFIQFAKHRI said...

tafaddal.. :)