Tuesday, April 24, 2012

Redup Hati


Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Sebak hati, ingin mengalir airmata detik itu. 16 April 2012. Terharu. Haru-biru? Erk.


Pagi yang redup. Hujan merintik, simfoni sayu.

Ustaz sampai tepat 8 pagi. Ana dengan lagi seorang sahabat dah bersedia untuk jadi orang 'terakhir' dalam halaqah kami mengkhatamkan hafazan. Sepatutnya khatam pada Jumaat lepas. Tapi kerana beberapa masalah 'teknikal', terhenti sampai Al-Fajr.


"Takpe, enta sambung minggu depan dengan Qhayum."
"Alaaa ustaz, sikit je lagi ni. Dah nak masuk ad-Dhuha dah."
"Minggu depan, minggu depan. Ana ada khutbah sat gi."
Alaaa.


Maka tertangguh la hasrat sampai ke hari Isnin. Sabtu Ahad perkemaskan modal sebaik-baiknya.


"Okeh mula."


Bismillah...
Satu persatu surah dihabiskan..
Hingga an-Naas..
Alif Laaam Miiim..
Doa..

"..صدق الله العظيم"

"Alhamdulillah Fiq, anta dengan Qhayum habis dah. Tahniah-tahniah. Lepas ni terus kuat mengulang tau. Ini bukan habis dah. Anta baru mula. "

Syukur ya Allah.. Tak terkata. Speechless. Dulu waktu mula-mula masuk, penuh dengan doubts. Waktu pertengahan Semester Dua, penuh dengan ups and downs. Tapi diri ini bersyukur. Sangat bersyukur dikurniakan ramai sahabat-sahabat yang noticed turun-naik semangat diri. Satu perkara yang sangat berharga dekat sini, no one gets left behind. No one. Ada yang jauh ke depan, akan tunggu yang lain, tarik yang lain untuk sama-sama. Ada yang jauh ke belakang, ramai-ramai tolong. Bila sahabat ana lagi seorang, yang terakhir Allah izinkan untuk khatam dalam kalangan kami, nak duduk depan Ustaz dan baca dari ad-Dhuha, ramai-ramai sahabat batch ana datang halaqah dia. Halaqah Sem 3 ada dua yang di atas - di bahagian solat banat. Semangat kami. Sokongan kami. Ikatan kami. Semua orang merasa. Alhamdulillah. Nikmat.

Bila habis doa itu, ana cari tempat tersorok. Sujud. Bersyukur. Allah izinkan untuk khatam. Sekarang masa untuk betul-betul memasyikan diri pulak. Izinkan ya, Allah? =) 

Ana capai phone. Ana text setiap family members. Berkongsi berita gembira, bukankah itu merapatkan. Dan ana text juga dia, sahabat yang ana kasihi. Satu-satu reply datang. Kenapa ana text? Itu waktu kerja kan :) Tak nak ganggu.

Reply dari Abah. Alhamdulillah, jazakallah bilkheir. Tahniah atas usaha yg afiq laksanakan, abah dan mak serta keluarga selalu doakan kejayaan ini. Semoga Afiq menjadi anak contoh kpd keluarga utk melaksanakan tuntutan Allah. Allah... Insyaallah Abah, Afiq cuba yang termampu..

Mak terus call. "Alhamdulillah Fiq..alhamdulillah.."
She was sobbing... 
"Eh mak selsema ke? Hehe" Saja buat-buat tak tahu.
"Mana ada..."
"Mak nangis eaa.."
"Ye la.. anak paling susah bersalin ni haa. Ok lah, mak ada keje ni. Tahniah Afiq."

Allah, ampunkan mereka ya Allah. Banyak berkorban untuk lihat anak-anak mereka berjaya. Kami hanya mampu berusaha untuk bahagiakan mereka. Bantu kami untuk usaha itu Allah. Bantu kami semua ya Allah.

Huh. Mengalir juga airmata. Betul kata senior ana dulu, kalau menghafaz alQuran tapi tak pernah mengalirkan airmata, memang takkan sah. Perit, rasa nak give up semua ada. Tapi kenalah kuatkan? Bahkan baginda sendiri rasa beratnya turun wahyu itu, inikan pula kita. Ana bukanlah yang terbaik dalam kalangan para sahabat. Ramai lagi yang jauh lagi hebat dan masyi dari ana. Tapi bila keinginan untuk jadi seperti mereka ada, what else is there to stop me? Ana usaha, dan ana doa, Dia sentiasa membantu. Ana harapkan doa kalian. The journey, baru bermula. Baru nak start. "Kena kuat tau! Tamau sedih-sedih." Iye, ana kuat :)

Now, following the traditions (ustaz kata dari nun Mesir), siapa yang khatam kenalah belanja makan-makan. A sign of thanks and syukur. Teknik nak save duit, khatam ramai-ramai. Nasib la siapa yang khatam sorang-sorang tu ;) -maaftiadagambar-



Sahabat, terima kasih kerana sentiasa di sisi untuk memberi nasihat, membantu, menyokong, menaikkan semangat. Dalam doa? No worries, always do :) Even right now. Till 'then', insyaallah. Moga Allah terus balas kebaikanmu.  PFU.

6 comments :

sfq said...

at last..
one nice post :)
alhamdulillah,mabruk mabruk mabruk,congratulations to you :)

AFIQFAKHRI said...

Alhamdulillah.. :)

Izzati said...

Alfun mabruk. Moga jadi hamlatul Quran yang benar2 'memelihara' kalam Dia. :)

AFIQFAKHRI said...

Syukran, amiin insyaallah :)

Muhammad Iqbal said...

Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar!

A'zim!

Bermula satu amanah yang tak terhingga berat bebannya.

#Ana ada hasrat, untuk ikut macam enta. Mungkin lambat lagi ingin dicapai. Moga Allah permudahkan :)

AFIQFAKHRI said...

Insyaallah, moga berjaya :)