Sunday, June 3, 2012

Syukur Ke Langit

Gelap. Sunyi. Dalam kegelapan itu, rasa tenang juga ada. Ya lah, kadang tu, badan ini juga prone kepada kegelapan.

Entahlah, gelap itu membawa tenang. Mungkin itu salah satu sebab kenapa mereka yang gemar melakukan solat malam suka lakukannya dalam kegelapan. Rasa lebih tenang. Rasa lebih dekat. A saying from nowhere says: Men's true nature is revealed in the darkness.

Pondering. Ya ya.. there is some truth to it. In the dark, we tend to be, ourselves aite? That feeling of security? That feeling of no-one-is-looking-at-me? The fact that you're 'alone'? I've felt it. Everyone did too, I suppose.

But this feeling is somewhat, different than usual. Biasanya, saat ini dah bisa dengar bunyi selipar-selipar getah menapak ke tandas. Dah boleh dengar sahabat sebilik bangkit tidur, capai bekas toiletries dan buka pintu. Dah boleh dengar ketukan-ketukan setia sang junior "romantik" di bilik berseberangan. Rutin. Sangat rutin.

Tapi kali ini, dalam gelap ini, sunyi. Tiada bunyi apa. Walau secengkerik pun, malas. Sunyi mati. Sunyi yang luar biasa bingitnya. Minda menjajau mencari makna di balik sepi ini. Iya, kalau ikutkan jadualnya, patut sudah 1000 alam bernyawa tatkala ini. Ada yang tak kena.

'Tangan' batin meraba dalam gelap mencari jawab. Kenapa. Kenapa. Kenapa. Apa yang tak kena..

Ah!

Malam tadi!

Ya, malam tadi badan ini penat. Seolah berjuta neuron berperang proses sana-sini. Ada sesuatu yang berlaku malam tadi. Aku ingat lagi, emosi malam tadi cukup berombak. Fluctuating, kata orang. Gembira, sedih, sayu. Bercampur. Yes, something happened. And it was good.

I'm smiling. I know now. I remember now. This is my bed. My bed, at home. The real home. Malam tadi, malam terakhir di Bumi Cinta itu. Malam terakhir sebagai pelajar di sana. Malam terakhir juga bersama sahabat-sahabat yang...yang..Allahuakbar. Banyak sangat jasa mereka kepada diri. Aku ingat lagi, malam tadi sahabat sebilik sibuk menguruskan PA untuk halaqah kasih terakhir kami. Sebagai Pelajar Pensijilan, ya. Tapi sebagai sahabat, tidak sesekali.

Aku ingat lagi, riuhnya suasana malam tadi.
Aku ingat lagi, berbagai emosi terpapar. Yang biasa bising, ada yang senyap. Yang biasa senyap, mungkin inilah kali terakhir untuk 'bersuara'.
Aku ingat lagi, kami ramai-ramai bergelaktawa bila video "Muaz" ditayang. Ahaaa, kalau tak tergelak memang pelik. Muaz, you're cool :)
Aku ingat lagi, selesai sahaja EatWatch, ada halaqah. Gathering. Ahli IQRAC diberi peluang untuk bersuara. And i was one of them.

Tak panjang pun. Pendek sahaja aku rasa. Ucapakhir itu cuba dipadatkan sebolehnya, memberi ruang kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dalam usaha memadatkan madah, tak berjaya juga. I was utterly speechless. To find the suitable words, to describe the intense emotion at that particular second, all that came out was..."Allah..." Itu sahaja yang mampu diucapkan...

Sebak. Ya, sebak ketika itu. Mana taknya, dalam masa yang cukup singkat, bond yang terhasil rasa seolah sangat kuat. Yang paling aku kagum, tiada rasa malu untuk menegur. Why not, it's for our own good juga kan? Pahit manis masam masin, semua dirasa, semua terasa. Kalau nak cerita balik dari mula masuk sampai sekarang, tak terkata tertulis. Thanks a lot Fikri :)

Setiap yang mula, ada akhirnya. Setiap yang 'ada', ada 'tiada'nya. Namun ada satu benda yang akan kekal. SyurgaNya. NikmatNya itu akan kekal, bersama-sama segala isi di dalamnya. Gembira, persahabatan, kasih-sayang, kebahagiaan, sahabat-sahabat, 'bond'.. Nikmat-nikmat ini akan kekal, dengan izinNya.

Let's wrap this up. Simpan elok-elok segala yang berlaku. Pengalaman di Darul Quran ini manis. Cukup manis. Now it's time to move on. Move, move, and keep moving :)

Time to wake up!

PS: I really should stop writing like this :P

Malam Tautan Memori


Usrah terchenta..without Hilmi,Abg Azam & Abg Firdaus


exSMTAQ,nun di Jasin, berapa cuma 4 bulan, tapi bertemu semula di Bumi berkat ini

No comments :