Sunday, July 8, 2012

Daurah Lughah Arabiyyah


Dengan Nama Tuhanku, Tuhan kita, Tuhan selamanya, Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.

Kullu hamdan lillah, wa kullu syai' lillah. Alhamdulillah :) Alhamdulillah :) Alhamdulillah :)
Baru ana sedar, sebulan itu masa yang cukup singkat untuk benda yang begitu bermanfaat. Bahkan ana kira, segala pekerjaan yang dilakukan, andai dilakukan dengan passionate, akan terasa cukup sekejap dan susah nak puas dengannya. Sentiasa inginkan lagi dan lagi.

Sifirnya mudah. Albert Einstein pernah berteori: “Time is faster for someone in motion than someone standing still”. Ya’ni, bagi sesiapa yang masa lapangnya diisi dengan benda-benda bermanfaat dan berguna, dengan ilmu-ilmu baru dan menyegarkan, tiada istilah bosan bagi dirinya.

Dan wallahi, ana tak pernah rasa bosan (baca:malalun) sepanjang di Daurah Mukatthafah (baca:huruf tha) Lughah Arabiyah ini. 6 Jun sehingga 6 Julai 2012, kami berkampung di KUIS Bangi. Subhanallah, sangat banyak ilmu yang ana dapat di sini. Syukur ya Allah.

Kalau ikutkan hati, memang nak dihuraikan satu persatu, setiap inci peristiwa yang berlaku dari awal hari pertama hingga malam ikhtitam. Walakin, memori itu terlalu indah untuk dibahasakan. Hanya hati yang tersenyum merasai setiap titis rahmat kem ini.

Dari awal hingga akhir, hidup kami berseri dengan anaasyid yang ana sendiri tak pernah terfikir. Bayangkan, lagu PUSPA pun boleh jadi nasyid ajak orang bercakap dengan bahasa syurga! Inikan pula bila lagu Nazala Matoru (Hujan Turun) dikenalkan Ustaz Fejri dalam kelas. Irama dangdut :D

Huna Nafrah (Disini Kami Gembira), Li Yadaani (Untuk Tanganku), TikTikTik Sautul Amtar (Bunyi Hujan), Ana Taalibun (Saya Pelajar), Nahnu Tullabud Daurah (ini lagu Mohabbatein pulak..haih.terjemah sendiri ya^^), Ya Qausa Qazahin (Pelangi), Dauratuna Daurah ‘Arabiya, Ahlaz Dzikraayat, Qasidah-qasidah, dan semestinya, Bitsyah :D Maksudnya? Sangat obvious lah! :)

Kami ni pantang disua lagu, semua pakat nyanyi. Gembira tak terkata. Pantang Ustaz Fejri tanya waktu slot terakhir: “Maza turiduun?” (Apa yang kalian mahu?)

Semua pakat jawab macam budak-budak tadika: “NASYIIIIIIID!!!!”

Maaf ya Ustaz, kami ni ceria sikit ^^

Oh, jangan dilupakan Nasyat Lughawi (aktiviti-aktiviti bahasa) yang masyaAllahbanyaknya..
Iktisyaf (ala-ala explorace), Munazarah, Muhadathah pagi-pagi selepas solat subuh, Tasfik Daurah (Tepuk Daurah), Slot-slot Kreatif di sebelah petang, dan yang paling banyak kenangan.. Tamsil Misrohiyy. Drama Bahasa Arab.

Kami bawa kisah dari Daurah sebelum ini,pada tahun 2011. ‘Askar Qausa Qazahin di sambung ke ‘Askar Qausa Qazahin Thani. Macam biasa, andai skrip yang awal pun sudah penuh emosi, skrip akhir diperah habis-habisan segala emosi yang ada. Masa ni la Najmi Helmi yang ‘pendiam’ itu pun kena paksa menangis. Nadia, superb. Dari awal hingga akhir tak mengecewakan. Yang lain pun juga begitu. Cemerlang segala segi. Dari kalam jamai’e hingga ke Muhki (narrator) yang dibawa oleh Fatin. Tahniah semua. Teknik Ustaz untuk ‘melepaskan’ cuak dalam hati memang menjadi. Menjerit memang afdhal!

Oh ya,takkan ku lupa bahagian ni abadan abada:

“Eiii tolibah jadida~h. Jamilah~!” :D  Hanafi, romantikus arabiyy.
“Akhi, nuqudi intaha.. ANA SUDDA’!”  Sila baca dengan gaya sang pelakon ya.

(Ana jaga lagu sahaja. Hihi.)

MANIS

Manis :)

Tak terkata. Bila direplay semula segala yang berlaku..sebak. Cukup cerita apa yang berlaku di kelas sahaja. Masing-masing kelam-kabut hafaz wazan fe’el. Yang paling mencabar ana rasa, wazan fa’’ala. Ada syiddah di situ. Kemudian berlumba dengan Ustaz Fejri recite dhomir. Hah, mau tak tergigit lidah. Berguling-guling cuba jawab. Pagi-pagi Ustaz datang kelas: “Kaifa halukum jamiian?”

“Mmmmm alhamdulillah...nahnu bikheir..mumtaz..ALLAHUAKBAR!” Jawapan ‘standard’ kami. Haha. Tak sangka hingga ke Kursus Tatanegara ni pun masih pakai lagi. Yah! Semangat Daurah. Hammassah!

Di qa’ah,ya’ni di Auditorium, talaqqi Hadith ar-Ba’iin oleh Imam Nawawi yang disampaikan Ustaz Abdul Rahman cukup-cukup berharga. Hinggakan pada awalnya,rais mahu tinggalkan konvokesyen DQ semata-mata ingin habiskan talaqqi hadith dengan ustaz andai talaqqi hadith tak dapat dihabiskan sebelum konvokesyen itu. Dan alhamdulillah, bukan sahaja lughah kami dapat, bahkan talaqqi hadith 40 beserta ijazah juga kami dapat.

Alhamdulillah.

MAHKAMAH LUGHAWI

Daurah ini, adalah usahasama BPI JAIS dan juga Usrah Alumni Pondok Darussalam Gontor. Dan bila disebut Pondok Darulssalam Gontor, amatlah sinonim dengan mahkamah lughawinya. Di sini, di daurah ini, kami WAJIB TANPA PENGECUALIAN untuk bercakap 100% Bahasa Arab. Dari “Qum!Qum!Al-an subhan! (Bangun!Bangun! Dah subuh!)” hinggalah “La! La! La uridu! (Tak! Tak! Saya tak mahu!)”

Yup. Mimpi malam-malam pun dalam bahasa Arab!

Dan, bila ada yang kantoi, maka bersedialah untuk disebut namanya di qa’ah selepas solat isya malam itu. Cemerlang tak cemerlangnya ana, berjaya bertahan sampai minggu ketiga. Alhamdulillah, last-last kena juga^^

Hukuman:
1) Jadi jasus, ya’ni spy untuk cari dua lagi nama.
2) Buat 5 jumlah mufidah, setiap satu tulis 5 kali.

Susah? Tak pun. Pendapat ana, bukanlah hukumannya yang ditakutkan sangat. Cuma apa yang buat kami rasa ingin bercakap bahasa arab, adalah mental block atau barrier  yang datang dalam diri setiap kali hendak bercakap dalam bahasa yang baru. Percaya ataupun tidak, bahasa hanya boleh dimahir dengan bercakap. Buang sifat malu, buang sifat takut salah tatabahasa.nahu saraf dan sebagai. Dulu sewaktu kecil, bahasa melayu kita pun pelat-pelat basah juga kan? Bahkan sekarang pun bahasa Melayu kita belum tentu tatabahasanya! Adakah kita berhenti bertutur sama sekali? Tak! Kita bertutur juga.

Bak kata Ustaz Hasrizal dalam travelog Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu, bila mana bahasa bukan lagi digunakan untuk lulus periksa tetapi adalah alat survival untuk kehidupan, perasaan malu itu mahu-tak-mahu wajib dibuang. Sama juga dengan bahasa arab ini. Di sana nanti, bahasa arab,baik fushah atau ammi, adalah alat survival selama beberapa TAHUN di sana. Mahu tak mahu, wajib bertutur dalam bahasa masyarakat itu.

Ini yang dinamakan Ijbar (Paksaan) yang diterapkan dalam Mahkamah Lughawi di daurah ini. Bila Ustaz Imanuddin terangkan konsep Ijbar sewaktu slot beliau dalam kelas, baru ana betul-betul faham. It all makes sense. A lot!

Kata Dr Muallimin: “Al-lughah hia mumarrisah.” (Bahasa itu adalah latihan.)

Tiada perkara yang boleh dinikmati jika awal-awal lagi kita anggap ia susah. Nak memecahkan mental block ‘susah’ itu, perlukan kepada paksaan. Bila sudah pecah mental block itu, masing-masing sudah berani bercakap di hadapan dengan bahasa arab yang tunggang-langgang campur lagi dengan loghat Melayu dengan sarafnya berterabur, lidah menjadi lazim dengan kalimah-kalimah Arab. Sikit-sikit, otak mula berfikir dalam bahasa Arab. Tak perlu lagi buat Kitab Terjemahan Per Kata dalam otak sewaktu berbual. Sungguh, kalau nak dibandingkan kelajuan ana menterjemah satu-satu kalimah Arab sewaktu berbual dulu, siput nak lumba lari pun lagi laju. Hehe.

Dan bila sudah mula berfikir sikit-sikit dalam bahasa Arab, kita mula membetulkan nahu dan saraf yang tunggang-langgang sebelum ini. Iya, ramai yang fasih berbahasa Arab di daurah ini. Dan ana cukup-cukup cemburu. Mana taknya, umur lebih kurang, tapi mereka ada kelebihan berbahasa Arab dan Inggeris dengan fasih. Ana sudah rugi sesuatu. Dan ana mahu kejar mereka. Ah, akuunu ahsan afdhal! (menjadi lebih baik lebih afdal). Insyaallah :)

KENANGAN

Ana tak malu untuk mengatakan, daurah ini adalah salah satu saat yang paling manis dalam hidup ana. Ya Rabbul Izzah, terimakasih buat segala-galanya. Hikmah aku tak dapat apa yang aku mahu dulu, Kau suakan apa yang hati aku lebih gembira dengannya. Bahasa Syurga, indah sangat-sangat. Benar kata Ustaz Fejri: “Bahasa Arab adalah bahasa untuk golongan genius sahaja.” Jangan sempitkan minda dalam menafsir ayat ini ya! :)




sewaktu latihan tamsil


nasyat lughawi
jurjani!jurjani!

ustaz fejri gasman | dr muallimin
zapin? - jurjani (without syafua)
ustaz fejri gasman
Buat para asatiz, syukran jazilan. Jazakumullah kheiran kathira. Moga kita berjumpa lagi di Jannah sana. Buat Jurjani sekalian, Syakir, Shaffe’Ezzat, Hakim, Hanafi, Najmi, Nawar, Ezzah, Najihah, Anis Nabila, Nurul Nabila, Nadia, Amira Syuhada, Fatin Nabila, Nursyafua, dan Ain Aqilah, masykuran kathiiran. Mabruk alaikum, wa bittaufiq. Buat Ustaz Fejri, dari kami Jurjani, nuhibbuka fillah :)


4 comments :

Syafawani said...
This comment has been removed by the author.
AFIQFAKHRI said...

Yup. Say Alhamdulillah everytime :) Alhamdulillah :)

Insyaallah, kalau betul nak, Allah akan tunjuk jalan. Syaratnya, diri kena mula usaha! :)

Syafawani said...
This comment has been removed by the author.
AFIQFAKHRI said...

nahu-nahu la ba'sa..awwalan,belasah saja cakap.nahu-nahu will get to you eventually,dont worry. insyaallah :)