Sunday, October 14, 2012

+1 Baina Turab


Mata masih terpejam. Dibiar terpejam dalam gelap dinginnya subuh itu. Satu lafaz syukur terbit.

Alhamdulillah..

Hari ini, sudah 14 Oktober 2012 dan sudah hampir sebulan berlalu sejak telapak kaki pertama kali memijak debu Mesir.

Pada 25 September 2012 itu, tepat jam 5.30 pagi, dunia bangkit dengan sayup, mengejutkan nyawa-nyawa yang masih bersambung untuk segera menghadap Tuhan. Dan kami tiba dengan seribu satu harapan. Masih segar memori semalam di KLIA. Senyuman ahli-ahli keluarga tercinta, menghantar insan yang seorang ini jauh demi menuntut ilmu. Bukan sekejap. Bahkan 6 tahun 6 bulan tempohnya.

Segala karenah dan prosedur permohonan ke Al-Azhar dilalui dulu. Turun naik, isi boring sana-sini..

Sabar..bukan senang untuk senang.

Alhamdulillah. Kini, debu dan pasir jadi mainan. Pergi dengan putih, pulang dengan coklat. Oh itu biasa~

Mula kenal perangai Arab yang berbagai. Yang Nabi Musa ada, yang Firaun pun ada. Pilihlah. Juga sedang melalikan diri dengan banyak benda. Oh itu biasa~
Hayyu 'Asyir

Bawwabat, Hayyu 'Asyir

Ayat yang sering diulang-diulang, sampaikan terasa agak cliché. Bukan agak. Sangat. Namun, bila diteliti maksudnya, tak terkejut kenapa dicelah debu dan sampah ini, lahir berates bahkan beribu ulama’ yang mahsyur ilmunya sepanjang zaman. 

Musibah, Sabar, Redhaa. 
Mim, Shod, Ra.

Dan diri ini pula?

Masih mencari hikmah di balik debu dan pasir ini. Dipesan berkali-kali, “pandang dengan mata hati!”

Ya! Ya! Tengah cuba! Rabbi yassir, wala tuassir. Moga kembara ini akan ketemu identiti di hujungnya. Sebuah penghujung, yang hanya Dia tahu.

*
Cis Arab tu! ******* betol..
Sod! Sod!

2 comments:

Syafawani said...
This comment has been removed by the author.
AFIQFAKHRI said...

Kagum dengan nilai sabar sahabat-sahabat lama di sini menghadap kerenah mereka yang pelbagai. Moga dikurnia sabar itu juga untuk dibawa pulang ^^ Insyaallah :)