Wednesday, January 23, 2013

Rebah


Hendak rebah,
Hendak berhenti melangkah,
Hendak keluar dan cari makna yang baru,
Semua itu pernah datang menghinggap.

Ya,
aku akan lemah, aku tahu.

Ya,
aku akan menangis, aku sudahpun.

Ya,
aku akan rasa tak terdaya, bukankah selalu?

Tapi aku ingat,
dan aku ulangi setiap klip pendek itu
yang masih otakku mampu simpan.

Kau masih ingat?
Saat kau beri pelukan terakhir apa bisik kata mereka?

Kau ingat lagi bukan,
Kolam air mata yang kau lihat itu bukan main-main.
Bahkan itulah air mata yang jatuh ke lantai saat naiknya doa tahir ke riba Ilahi di malam hari.

Ingat lagi panggilan terakhir kau itu?
Jangan persiakan ia.

Mereka meletakkan harapan yang tinggi pada engkau.
Jangan kau berani khianati percaya itu.
Sayang itu!

Tabah! Kuat! Dan terus melangkah.
Kuatkan niat, kuatkan semangat.
Engkau ada Dia, dan itu sahaja yang engkau perlu.


1 comment :

liyana aziz said...

jangan rebah. kalau sudah, bangkit semula!