Wednesday, May 14, 2014

COKLAT KEHIDUPAN

Di sebuah negara Jepun, ada sekumpulan bekas graduan kolej, yang sudah kukuh kerjaya mereka, telah datang, berkumpul (reunion) di sebuah rumah seorang profesor mereka yang terhormat. Profesor itu, namanya Prof Sakuragi, beliau telahpun pencen. Sewaktu berkumpul, semuanya berkongsi cerita dan berbual-bual mengenai perkembangan diri, sambil duduk mendengar mutiara kata dari gurunya itu. 

Dari cerita-cerita yang penuh senyum dan tawa, akhirnya bertukar kepada cerita keluhan, dan sedih, mengenangkan betapa tertekannya perasaan mereka dalam kehidupan dan kerjaya seharian. Seorang demi seorang berkongsi rasa kesal dan kecewanya dalam membuat keputusan hidup. Ada kecewa cinta. Ada kecewa ibu bapa. Ada kecewa kerjaya.

Sementara mereka berbual-bual, Prof Sakuragi mohon diri ke dapur. Selang beberapa minit, beliau keluar dengan membawa sebuah cerek yang penuh dengan coklat panas. Di sebelahnya terdapat beberapa jenis cawan, dari jenis porselin, kaca, kristal, ada jenis cawan yang nampak jelas kandungan isi (lutsinar), ada jenis yang lutcahaya sahaja. Ada jenis cawan dari hotel dan ada jenis cawan restoran biasa. Prof letakkan di atas meja, dan biarkan anak didiknya memilih cawan masing-masing.

Setelah Prof menuangkan coklat ke dalam cawan-cawan mereka, Prof Sakuragi mulakan bicaranya:

"Nampaknya, kalian telah memilih cawan yang cantik dan mahal dari pilihan yang ada, dan meninggalkan beberapa cawan yang nampak murah dan biasa-biasa. Ya, biasalah, kita semua buat pilihan yang DILIHAT TERBAIK untuk diri kita, kan. Sedar tak, sebenarnya inilah punca masalah dan tekanan hidup kita?"

Semua yang sedang menghirup coklat panas itu terhenti. Mereka saling berpandangan. Ternanti-nanti sambungan kata-kata gurunya itu.

"Cawan yang kalian pilih itu hakikatnya tidak memberikan apa-apa nilai tambah pun ke atas coklat yang diminum. Kadang-kadang, cawan itu cuma mahal pada harganya saja, kadang-kadang ada juga jenis cawan yang menyorokkan apa yang kita minum (cawan lutcahaya). Sedangkan, yang anda mahukan hanyalah enaknya rasa coklat panas ini, dan bukan pada cawannya. Jadi, kenapa anda memilih cawan yang bagus, dalam masa yang sama mulalah nak menjeling pula akan cawan yang dipilih oleh kawan-kawan kita."

"Kehidupan itu sebenarnya ibarat coklat yang panas. Sedangkan kerjayamu, wang harta, dan pangkat pula adalah cawan. Cawan hanyalah alat untuk memegang dan mengisi coklat kehidupan ini. Cawan yang kita pegang ini bukanlah apa-apa, ia tidak mengubah pun kualiti hidup yang kita ada sekarang."

sumber : Baylee Hart

"Kadang-kala, dengan hanya fokus kepada cawan sahaja, kita lupa untuk meraikan kesedapan coklat yang telah Tuhan kurniakan kepada kita. Tuhan yang mencipta coklat panas ini, tapi manusia cerewet memilih cawannya. Orang yang bahagia tak perlu MEMILIKI YANG TERBAIK dalam hidup. Orang yang bahagia cuma MELAKUKAN YANG TERBAIK dalam kehidupannya."

"Hiduplah dengan ringkas. Cintailah jiwa ikhlas. Berwataklah menarik. Bercakaplah sentiasa baik."
"Dan... nikmatilah coklat panas saya ini, perlahan-lahan, penuh asyik."
Begitulah pengajaran dari seorang guru kepada anak didiknya tentang coklat kehidupan ini.


Oleh - TUAN AL IRFAN JANI
pautan asal

3 comments :

Rose Azadir said...

Assalamualaikum, nice sharing...anyway saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com

Soffeatul Raunaqiah said...

Sukaaa post ni! hahaha, nak buat jugak lah ala2 gini. lama tak stalk blog kau afiq. ^^

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)