Thursday, May 1, 2014

PESAN BUAT CINTA

Wahai sayang
Ingatlah pesanku ini

Masamu itu selalu menipu
Bilangnya ada bahagia di depan
Dia acah, kau kejar termengah
Sepak terajang kau rasa, dia ketawakan

Hartamu itu gunung penuh serpihan cermin
Gah kejauhan mengerlip menggoda
Demi kenyitan dia kau daki hingga berdarah
Sambil ke puncak kau nampak dirikau diratah

Kawan itu juga sifatnya berdua
Ada bersama kau hanya untuk gelak dan tawa
Tapi ada yang tarik tangan kau perlahan ke surga
Sifat manusia, semua ada di depan mata

Tapi kau kuat
Hati kau kuat kerana penuh firasat
Dari doa ibu penuh berkat dalam malam pekat melikat
Hingga doa ayah setia mengikat kemas tersemat

Ada kasih
Rapatnya bukan di bibir atau kata
Tapi rapatnya di hati dan mata

Jejak bertapak didepan kau terbentang
Kau ikut, atau kau diikut
Pilihlah mana kau mahu
Tapi jangan lupa ajal dan Tuhanmu.

No comments :