Thursday, July 7, 2016

Aidilfitri untuk Mak



Untuk balas jasa Mak, 

Aku tak mampu bagi duit dan masa untuk Mak, 
Tak mampu bagi jawatan dan pangkat untuk Mak, 
Belum jamin mampu bagi isteri dan cucu yang baik-baik untuk Mak, 
Belum jamin mampu jadi anak yang soleh dan terbaik untuk Mak. 

Aku hanya mampu bagi doa dan syurga untuk Mak, 
Sebagai balasan yang terbaik untuk Mak. 

Tapi, untuk itu pun, 
Aku masih perlukan doa dari Mak. 
Selamat Hari Raya Aidilfitri 

06072016:0845

No comments :