Friday, April 7, 2017

[060417]


Di hati Muslim adalah nama Muḥammad. 
Seluruh kemuliaan kita datangnya dari nama Muḥammad. 
Gunung Sinai hanyalah olakan bagi habuk di rumahnya. 
Kaabah yang suci adalah tempat kediamannya.
Keabadian adalah sedikit dibandingkan sedetik masanya. 
Keabadian bertambah oleh hakikatnya.

Dia duduk di atas tikar. Tetapi takhta Kisra berada di telapak kaki pengikut-pengikutnya.
Dia memilih kesunyian malam di Gua Hira’ dan dia membina negara, undang-undang dan kerajaan. 
Dia menempuh malamnya tanpa melelapkan mata agar agamanya dapat beradu di takhta Kisra. 

Di saat bertempur, besi berbaur kilauan pedangnya. 
Di saat solat, air matanya mengalir bagaikan hujan.
Dalam doanya memohon bantuan Ilahi,
Amin-nya adalah pedang yang menghapuskan silsilah raja-raja. 

Dia memulakan aturan baru dunia. 
Dia membawa empayar-empayar lapuk ke ambang penamat.
Dalam pandangannya yang tinggi dan rendah adalah sama. 
Dia duduk bersama-sama hamba di satu meja. 
Dia membakar seluruh perbezaan keturunan dan suku. 
Apinya membakar seluruh sampah dan dedak. 



Iqbal, Asrār-i Khūdī

No comments :